tabung ayam

Thursday, 15 October 2015

kucing saya keguguran

Si Putih. Kucing yang aku bela dari kecil. Pada awalnya aku tak tau pun dia mengandung. Sebab aku tak pernah nampak tanda2 di nak mating dan dia tinggal dalam rumah sahaja. Sehari hanya beberapa jam je aku lepaskan dia dekat luar. Jadi, pada satu hari, aku pegi veteriner Jalan Pantai dan ambil cucukan untuk mengelakkan dia mengandung. Tapi....tapi...sebulan selepas tu, aku tengok perut dia semakin membesar. Aku tak pasti bila dia mengandung atau dia dirogol. Jadi, aku fikir, mungkin cucukan yang diterima sebelum ini tidak berkesan. Aku suka pangku Si Putih, sambil memegang perutnya. Bergerak-gerak anak dia. Memang indah sangat rasa masa tu. Tapi, mungkin beberapa hari sebelum dia beranak, anak-anak dalam perut dia berhenti bergerak. Aku agak  risau, tapi tak ambil apa-apa tindakan.

Ini Putih, dan kawannya Hitam. Dua-dua mengandung. Dua-dua aku sayang
Mereka sahabat baik. Cuma si Putih lasak sikit. Si Hitam over manja

Lepas sehari aku rasa anak dalam perut dia tak bergerak, aku perasan rumah aku banyak tompokan merah cair. Masa tu, aku fikir, mungkin dia dah nak bersalin. Tapi, malangnya tak. 2-3 hari kot, keluar darah cair dari kemaluannya. Si Putih ni tetap macam biasa, lasak, berlari sana sini. Takde tunjukkan tanda2 dia sakit. Jadi, bila dah banyak darah cair tu keluar, aku jadi risau. Aku bawa dia ke veteriner swasta.

Dia ni mmg sentiasa tidur hujung kaki aku. Nampak tompokan darah cair?



   
Banyakkan tompokan darah cair dia??masa ni dah tak kisah dah cadar kotor. 
tanda kucing keguguran. Keluar darah cair dari kemaluannya


13 September 2015, sesampainya di klinik veteriner area Sikamat.  Setelah doktor check, Doktor sahkan anak-anak dalam kandungannya dah pun mati. Doktor bagi kata dua, samaada inject supaya dia beranak, atau operate untuk keluarkan anak dia. Dan doktor prefer supaya operate keluarkan anak dia sebab pernah ada kes, dah induce tapi anak tak keluar dan akhirnya ibu dan anak kucing mati. So, terus minta doktor operate dan ditinggalkan seharian di klinik. Dia tak pernah tinggal jauh dari aku, masa dia mengeowww kena tinggal, rasa sedihhhh sesangat. Dan, akhirnya, petang tu, doktor dah operate dan keluarkan anak-anak dia

Kucing keguguran. Anak-anak dia mati dalam 3-5 hari dah sebenarnya. Doktor tak bukak habis kantung tu sebab sangat berbau
Disedarkan oleh doktor

Gambar-gambar kat atas tu diwhatsappkan oleh doktor. Doktor keluarkan anak-anak dia dan buang rahimnya sebab takut jadi tempat pembiakan virus. Disebabkan kerja di Port Dickson dan Si Putih di Seremban. Maka mak dan kakak lah yang menjaga putih seminggu. Walaupun kakak bukanlah pencinta kucing, tapi dia tetap tolong jagakan kucing aku.  Kantung-kantung anak kucing yang diberikan oleh doktor, ditanam oleh ayah. Sampai sekarang aku tak tau ayah tanam kat mana. Dan si Putih, lepas operate, dia masih lagi lasak, taknak di kuarantinkan dalam sangkar. Abih mengamuk2 nak keluar.

Tengok je la gaya tidurnya

Jahitannya kemas ;)

Dan pada 14/9/2015, beberapa jam selepas Putih kehilangan anak-anaknya, Si Hitam, melahirkan 4 ekor anak. Si Putih diletakkan di bawah jagaan emak di Seremban. Manakala si Hitam diletakkan dibawah jagaan aku di Port Dickson. Si Hitam, kucing yang melampau-lampau manjanya dengan aku, beranak start dari pukul 1.46 a.m sehinggalah ke subuh. Keesokannya, hari Isnin, aku pergi ke sekolah dengan keadaan yang mamai-mamai sebab tunggu dia beranak.

2 ekor anak hitam legam. 2 ekor lagi oren

Seminggu kemudian, bila Si Hitam dan anak-anaknya dibawa pulang ke Seremban, dia tak lagi diterima oleh sahabat baiknya si Putih. Putih sangat-sangat tak suka si Hitam dan anak-anaknya. Masa ni, aku rasa sangat-sangat berdosa dan bersalah giler sebab aku hantar si Putih untuk inject jangn bagi menandung sebulan sebelumnya. Kalau tak, mesti putih gembira bersama anak-anaknya yang comel. Mesti dia tak jeles dengan hitam. Aku dah rasa diri ni macam pembunuh je. Nasib baik masa hantar inject tu, aku tak minta doktor injectkan si Hitam sekali, sebab aku nampak si Hitam ni mengawan dengan mata sendiri. Jadi aku memang dapat agak yang dia sedang menandung waktu tu. Ehemmm...ehemmm....si Hitam pula, mungkin dia faham, Si Putih kecewa/jeles/tak suka kucing baru, maka dia biarkan aja bila putih cakar-cakar dirinya dan menjerit-jerit umpama perempuan meroyan kepada dirinya.

 sambung lain entry lah ye


p/s : Walaupun menjaga hitam dengan putih menelan kos yang besar. Dengan pasirnya, ikan mambungnya, biskutnya. Tapi aku yakin, rezeki tetap ada :)





8 comments:

  1. salam. nak tnye brpe kos nk bwk kucing ni ke klinik verterinar??

    ReplyDelete
  2. Kat tmpat sy x ada vet, darah cair keluar dr tadi, mcmna ya?

    ReplyDelete
  3. Kucing saya pun bleeding. Mungkin gugur.. Tggu sehari dua janin keluar. Tp x smpai hati. Klau operate berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada stray cat kt rmh sy ni kguguran..td bru kluar sekor..skg ada lg darah2 cair kluar..cuma bby tu xde lg yg kluar..nk buat mcm mna ye slain dr operation?adakah akn kluar sndri?klu operate..brapa kos nya

      Delete
    2. Ada stray cat kt rmh sy ni kguguran..td bru kluar sekor..skg ada lg darah2 cair kluar..cuma bby tu xde lg yg kluar..nk buat mcm mna ye slain dr operation?adakah akn kluar sndri?klu operate..brapa kos nya

      Delete