tabung ayam

Sunday, 22 June 2014

Blogwalking SEBELUM puasa

Assalamualaikum

http://www.ayuinsyirah.my/2014/06/segmen-blogwalking-sebelum-puasa.html
KLIK INI UNTUK JOIN!

syarat2nya ialah:

  • Follow blog tuan punya segmen
  • Tajuk segmen Blogwalking SEBELUM puasa
  • Letak banner yang disediakan
Segmen ini berlangsung sehingga hari SABTU 28/6/2014 jam 10 malam

Thursday, 19 June 2014

Punca Jerawat di bahagian muka

Tadi aku ada scroll facebook dan ternampak ada org share jerawat di muka dan penyebabnya. Benda ni membuatkan aku teringat kat cikgu PJK aku masa sekolah menengah. Nama dia cikgu Rohana. Budak2 panggil di Cikgu Rock. Cikgu PJK aku ni, time belajar dalam kelas, dia akan buat selingan2 sikit. Entah macam mana boleh sampai topik jerawat. Dia pernah cakap macam ni, hahh, yang banyak jerawat tuh mesti selalu tak berak hari2. Awak jangan tak percaya cakap saya. Lepas nih awak kena selalu berak,bla.bla.nla. Pastu kiteorang dah macam ehhhh, cikgu tipulah. Macam takde kena mengena je pulak. Tapi dalam tak percaya apa yang dia cakap, aku rasa minda aku macam dah terhasut sikit. Aku dah terpikir maybe kalau sisa toksin tu xboleh kuar dari bawah, msti dia kuar dalam bentuk jerawat. (Sebenarnya aku tak tau pon benda yg aku pikir ni betul ke tak)

Disebabkan muka aku ni sentiasa ada jerawat, aku takde la pikir seratus peratus apa yang dia cakap tu betul. Sebab kita boleh sedar dengan apa yg jadi kat diri kita dan puncanya. Macam aku, aku berpendapat yang jerawat tu singgah kat muka bila nak datang bulan, dari segi pemakanan, waktu aku pakai bb cream, kalau duduk atau kemas tempat berhabuk, tak pun sebab aku memang pemalas nak mencuci muka pada waktu2 tertentu. Tapi kekadang aku selalu jugak terhasut dengan apa yang cikgu aku ni cakap.


Lokasi jerawat dan puncanya
Sumber: encik google

Lokasi2 jerawat dan puncanya ni adalah dari petua orang cina dulu-dulu katanya. Maka selama 25 tahun aku hidup barulah tahu serba sedikit yang jerawat nih datang juga dari masalah dalaman tubuh seseorang contohnya sistem pencernaan, hati, buah pinggang dan sebagainya.  Aku rasa semua tempat kat muka nih pernah dihinggap jerawat. Terutama sekali kat no 12 tuh mmg sentiasa ada. Tapi setakat nih yg no 14 tu belum lagi lah kot. Aku nih jenis malas nak layan kalau jerawat kecik2 nih hinggap kat muka, lantak piiiiiiiii lah dia nak tumbuh ikot mana. Kalau jerawat besar2 tu baru lah rasa macam ada effort sikit fikir cammne nak hilangkan. Dan  kesimpulannya sekarang nih, aku rasa apa yg cikgu Rock tu bagi tahu ada juga kaitannya kot. Haha.


Jangan tertipu dengan camera 360. Banyak je jerawat halus2 kat muka sebenarnye ^^!


Saturday, 14 June 2014

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Jom ramai2 kita memeriahkan majlis untuk join segmen blogwalking & bloglist by Aniesa Ahmad. Segmen ni akan berlangsung sehingga 20 Jun. Makanya ada masa lagi dong utk join

Klik banner ni utk join ye para blogger :)

Cpuv nuffnang ke 6-9

Cpuv nuffnang datang lagi. Bulan lepas cpuv pertama singgah, baru2 ni ada 2 lagi cpuv singgah dan sekarang ni 4 lagi iklan dtg menyinggah. Alhamdulillah. Walaupun takde la banyak mana pengunjung blog nih, tapi nuffnang sudi bagi cpuv lg. Ni yg rasa macam bersemangat nk blogging nih. Tenkiu nuffnang :)

Thursday, 12 June 2014

stimbot Wadi Ar-Raudhah

Siapa kat sini penggemar stimbot? Angkat jari cepat. Dalam masa tiga bulan ni, rasanya dah 4 kali aku datang satu kedai ni untuk makan stimbot. Nama kedai ni Wadi Ar-Raudhah yang mana lokasinya di sebelah Sekolah Rendah Rahang tak silap aku. So, orang yang sekitar Seremban mesti tau kot tempat ni. Sebelum ni aku pernah try makan stimbot dekat area Senawang, kuah Tomyamnya boleh tahan kena dengan tekak aku, tapi...tapi...tapi..aku tak suka bila utk bbq, dia letak aluminium foil tuh, kepuasan membakar tu macam terbantut lak aku rasa. Satu lagi dekat Seremban 2,  yang dekat area Jusco S2, seriously yang ni pilihan menu dia banyak giler, cumanya ia perusahaan Cina. Tapi ada je orang Melayu datang. Jika anda tidak merasa was-was silalah datang. Okeh, berbalik kepada stimbot dekat Wadi ni, pilihan makanan dia tak lah sebanyak macam kat Seremban 2 tu, tapi aku selesa utk makan kat sini.


Nasi Arab Ar Raudhah

Kalau pergi  jumaat, sabtu harga RM23sekepala, tapi kalau pergi weekdays RM20 sajo

Kali pertama pergi sempena birthday si adik bongsu

Kali ketiga pergi ngan en.pakwe
Kali keempat pun pergi dengan en.pakwe jugeksss.






Selalunya kalau datang sini, makanan yang aku banyak ambil udang, daging dengan tahu kering dengan pucuk je. Tu jelah makanan favourite aku kalau datang makan kat sini. Sometimes kuah dia kureng, sometimes kuah dia pedas dan sedap. 

mushroom soup sedap

tauhu kering beserta kuah tomyam sedap
Daging bakar celup sos blackpaper. Sangat sedap.
Ketam pon ada. Tapi untuk kali pertama datang je ada ketam. Kali kedua ketiga dan keempat non hadooo






Tak banyak gambar makanan yg diambil dekat Wadi ni sebab masing2 busy makan walaupun dah pergi 4 kali. Sebenarnya banyak lagi makanan dia mcam nasi goreng, mee goreng, segala jenis mee untuk direbus, segala jenis fishball, makanan laut, ayam, daging kambing, chocolate fountain bersama marshmalow, aiskrim, segala jenis sayur dan cendawan, bubur, tembikai dan banyak lagi lah. Lagi satu aku suka pergi kat Wadi ni, dia takde pulak tulis kena denda kalau tak habiskan makanan yg diambil macam lain2 kedai. Tapi memang benda yang aku makan selalunya habis la kan. Bila menaip pasal stimbot ni membuatkan aku rasa lapar dan nak pergi lagi. 

Wednesday, 11 June 2014

Iklan lama Suratkhabar II

Hari tu, aku ada post iklan lama Tiga Abdul. Kali ni rasa rajin nak tepek lagi iklan2 lama tulisan rumi dari suratkhabar lama zaman 60an tak silapnya.


Iklan kasut sekolah bata. sampai sekarang bata masih ada lagi
yang dihempas dan dipulas.novel apakah?

yang ni ada lagi ke sekarang?
Iklan basikal BSA, kalau iklan 30an banyak pasal basikal raleigh
scott ni sampai sekarang pon ada kan
iklan tv
tonic cap gajah
yg ni tak tau air apanya

Ini antara iklan yg aku mintak kawan aku capture masa dia dok belek2 suratkhabar lama mencari sumber untuk bahan kajian sejarahnya tahun lepas. Nanti2 kalau aku rajen aku tepek pulak iklan2 suratkhabar lama dalam jawi.

Thursday, 5 June 2014

Cpuv ke 4 & 5 dari nuffnang

Oho....nuffnang sangat ohsem...tenkiu nuffnang bagi cpuv kat blog sy yg sejuk2 beku ni. Muahh, sayang nuffnang. Puiii..


                        

Wednesday, 4 June 2014

blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Bosan menjadi penganggur di rumah. Maka aku pon join segmen blogwalking dari Ayu Insyirah :)



Tuesday, 3 June 2014

happy




Dah nak dekat setahun aku habis belajar, dah hampir 8 bulan aku berkonvo, akhirnya lulus jugak iv untuk jadi cikgu. Sekarang just nak tunggu surat penempatan dan harap semuanya berjalan lancar.