tabung ayam

Friday, 28 March 2014

iklan lama- Tiga Abdul



Tengah belek2 gambar dalam lappy, terjumpa gambar2 yang diambil dari akhbar dulu2. Gambar ni kawan yang capture masa cari bahan rujukan masa zaman belajar. Cerita tiga abdul ni, even berapa ratus juta kali tengok dekat tv pon tak boring. Dari zaman kecik sampai la zaman sekarang. Memang kebanyakan cerita P.Ramlee ni, kalau ditonton berulang kali pon tak boring. 

Tiga Abdul



Monday, 24 March 2014

Kucing Saya Pekak


Aku ada seekor kucing. Namanya Si Mereng. Comel kan nama dia? Si Mereng merupakan adopted cat. Kucing ni dijumpai dekat pintu rumah atok aku. Diceritakan masa nenek aku tengah masak, dia dengar bunyi kucing mengiau-ngiau dengan kuatnya. Atok aku cakap, mungkin kucing ni jatuh dari langit kot. Okeh, ayat ni atok aku acah2 je. Dua tiga hari lepas tu atok nenek aku decide hantar Si Mereng ni kat rumah kiteorang. Nenek aku balut kucing ni dengan tuala good morning dan ikatnya dengan getah. Eh, bukan nenek aku kejam tau, korang jangan salah anggap, cuma kucing nihh pelikkk siket masa tu, tak boleh duduk diam.

Si Mereng tidur nyenyak


So, bila atok nenek aku hantar kucing nih kat rumah, aku langsung tak pegang dia. Bukan sebab tak suka kucing, tapi takut. First time dalam hidup aku aku takot tengok kucing. Aku duduk je atas sofa perhatikan dia dan bila perhatikan lama2, aku jadi penat tengok aksi dia. Sebabnya, cara dia berjalan macam jalan atas air. Langsung tak boleh jalan dengan betul. Lepas tu, kepala dia terhangguk2 24 jam macam patung kucing yang letak kat kereta tu. Bila mak aku bg makanan whiskas yang lembut tu pulak, dia makan tercampak sana sini makanan dia. Macam susah giler2 dia nak makan. Tu belum lagi bila nak biasakan dia dengan pasir kucing dia. Kucing lain, elok je boleh korek2 pasir, dia pulak pegi patuk2 pasir tu. Dan satu perkara yang aku mmg tak boleh accept waktu tu, ia BERJALAN MENGUNDUR KE BELAKANG. Macan kucing tu tengah mabuk todi lak. Masa tu mmg mcm2 teori x cerdik keluar dari ahli dalam umah aku ni. Ada yang kata mungkin kucing nih dibela oleh burung, sebab tu dia terpatuk2 bila nak makan. hahaha. Lepas tu mak aku bawak jumpa doktor, doktor kata mungkin kucing ni pernah jatuh dan dia pon x sure kenapa kucing ni macam pelikss je.

video
video 1 :  Masa ia da seminggu kat rumah. kondisi ia dah elok siket lah


Bila dah lama-lama tu, baru kiteorang perasan yang kucing ni pekak. Sebabnya bila dipanggil2, langsung tak menyahut. Puas nak cari dia satu rumah setiap kali bila kiteorang ingat yang dia dah hilang. Tapi rupa2nya time kiteorang cari dia sedap tidur lena bawah meja lah, tidur bawah katil lah. Lepas tu, try jugak time dia tidur lena tu kiteorang tepuk2 tangan kat telinga dia, tapi langsung takde reaction. So, memang teori kiteorang yang cakap dia pekak tu dah terbukti la. Selalunya panggil utk bagi makan pon susah bila dia tak dengar. Bila dah tau dia pekak, memang takut gila dia keluar rumah, sebab takut dia xdapat dengar bunyi kenderaan. Bila kiteorang bawak dia keluar pon, kiteorang kena pantau dia, takut weh kalau kena lanyak dengan kereta ke, apa ke. Ada satu malam tu, kiteorang langsung tak perasan dia dah terlepas keluar, cari merata2 dalam rumah. Adik beradik masing2 mencari, tapi tak jumpa, last2 bila cari rupanya dia dah duduk senyap je bawah kereta jiran, dan waktu tu ada kucing besar dah nak datang kat dia. Nasib baik lah tak dicakar kucing lain semua.



video
Video 2: Si kucing hisap kain even baru lepas diberi susu



Bila dah sebulan siket bela dia, da jadi agresif siket, main agresif, suka menggigit, mencakar. Masa tu, rasa dia macam baru dapat kaki, yelah kan, sebelum ni dia nak jalan pon terjatuh, dengan kepala terhangguk2 macam berzikir, pastu kepala berpusing2. Tapi sekarang ni pagi-pagi waktu orang semua sibuk2 nak pergi kerja, pergi sekolah, dia lah yang akan berlari-lari kejar orang dan nak gigit kaki orang.  Memang langsung tak boleh duduk diam. Cuma satunya, dia tak boleh memanjat dan tak reti memanjat. Aku tak sure kaki dia tak kuat or dia memang takut nak memanjat. Satu lagi yang geramnya dengan dia nih, dia langsung macam tak tau yang kiteorang dalam umah ni tuan dia. Even kita nak pegang sikit dan letak atas riba, mulalah dia x suka.


video
video 3:  yang ni serius aku pon tak tau kenapa dia takut sgt

Sebenarnya banyak lagi video2 yang aku ambil selama Si Mereng ni menetap kat rumah ni. Si Mereng ni bukan lah kucing yang manja. Tapi serius sayang gila kat dia walaupun kejenya menggigit je. Sampai bercalar2 tangan. Hope ia dapat membesar dengan lebih sihat lagi lepas ni.