tabung ayam

Sunday, 20 October 2013

Cara nak mohon guru ganti

Assalamualaikum

Disebabkan dah tak tau nak tulis apa kat blog ni, aku nak share cara untuk apply guru ganti. Disebabkan dah berpengalaman 2 kali jadi guru ganti, boleh la aku share macam mana nak apply. Sebenarnya untuk apply guru ganti ni ikot daerah jugak. Contohnya macam aku, kat seremban ni. Aku akan pergi PPD Seremban dan isi segala borang yang diberi. Masa isi tu, sertakan sekali salinan ic dan sijil2 berkaitan. Dan seterusnya tunggu pihak PPD call untuk temuduga

Pengalaman pertama:
Lepas je hantar borang dekat PPD, keesokan harinya PPD call suruh datang temuduga esoknya. Jadi, bila datang temuduga tu, sebenarnya tak temuduga apa sgt la.. Pegawai tu akan arrangekan kat sekolah mana yg sesuai dengan kita mengikut tahap kelululusan kita. Waktu ni, disebabkan aku tak dapat lagi sijil  dan transkrip, makanya kelulusan aku dikira dari STPM. So, sekolah pertama masa aku jadi cikgu ganti, aku dapat SMK Mantin. Tapi sekejap je la. 12 hari sahaja sebab cikgu yg aku gantikan tu da nak abis bersalin. Bila penolong kanan akademik tanya nak sambung lagi tak, jawapan aku semestinya tak. Sebabnya, aku ada masalah dari segi transport yang mana sekolahnya amik masa 30-40 min dari rumah aku. Bagi aku, agak tak berbaloi.
Pengalaman pertama guru ganti


Pengalaman kedua:
Disebabkan aku berfikir2 yg PPD akan hantar aku jauh2 lagi kalau aku apply, makanya aku pon guna cara lain. Ekceli, aku tak kisah kena hantar mana2 sekolah, tapi disebabkan masa tu aku takde lesen lagi even umur aku da 24 tahun, maka semua tu perlu diambil kira. So, kali kedua ni, aku call sekolah berhampiran. Dan alhamudlillah, dengan sekali call, sekolah tu kata memang ada cikgu bersalin dan perlukan cikgu ganti dan suruh aku hantar resume dan segala sijil untuk diusulkan ke PPD. DAlam masa seminggu PPD call tanya pasal permohonan aku untuk jadi guru ganti ke sekolah tu. Tapi, pegawai tu pada awalnya nak hantar aku ke sekolah lain yang mengikut kesesuaian subjek yang aku amik masa kat u. Jadi aku terpaksa berterus terang yang aku takde lesen dan dia tempatkan aku semula kat sekolah yang mula2 aku mintak. So, aku bersyukur gila sebab dekat je. Mak aku boleh jemput pergi balik. Yang kedua ni, aku mengajar sekolah rendah dalam sebulan lebih siket. Serius aku suka. Tekanan tak besar macam sekolah pertama.

pengalaman kedua: terlindung dek keghairahan si kenit bergambar


Mengenai gaji guru ganti yang pasti gaji akan masuk lepas habis mengajar. Tapi ada je dalam kalangan kawan2 aku yang mengajar, gaji masuk lps sebulan lebih dari mengajar. Kadar bayaran, mengikut kelulusan. Contohnya masa aku gunakan sijil stpm, gaji dibayar RM 59.40 sehari. Tapi untuk mengajar sekolah kedua, gunakan sijil ijazah, gaji dibayar dengan bayaran RM 95.70. Utk spm dan diploma, tak psti kadarnya berapa. Mcm sekolah pertama ni, aku terpakse tunggu dua bulan utk gaji aku yg hanya beberapa ratus tu. Maybe sbb kerani lmbt bertindak sbb kawan2 aku yg sekolah laen, cepat je masuk gajinya. So, bab gaji ni mmg kena bersabar gila.

Macam senang je kan nak apply. Tapi benda ni bergantung kepada negeri dan daerah jugak dan mengikut kekosongan. Contohnya macam kawan aku yg kat johor ni, ada sesetengah yg apply berbulan, tapi tak dipanggil. Maybe mcm kat Seremban ni, kekosongan itu ada. Dan aku teringat bila jumpa sorang ni dalam tren, belajar tempat yang sama dengan aku. Tak silap aku, dia duduk dekat Tampin. Masa dia da habis ganti satu cikgu ni kat sebuah sekolah, beberapa hari las tu, PPD kawasan dia call dia lg, mintak dia gantikan sekolah lain. Mungkin kekurangan permohonan, so dia sentiasa diperlukan. Selain tu, ada jugak kawan yg gantikan untuk MRSM dan SBP, cumanya aku tak tau caranya. Itu je lah yg aku dapat sharekan mengenai guru ganti.

Ps/: bila pulak pak menteri pendidikan nak panggil kami temuduga posting, jeles sudah dengan dpli dan gstt yang sudah dipanggil utk temuduga