tabung ayam

Thursday, 6 August 2015

bertunang

Fuhhh...setahun tak hapdate.

Bertunang, bukan senang rupanya. Banyak benda yang kena prepare. Aku yang rasa kedekut giler, dah fikir macam mana nak cut cost supaya duit tak banyak keluar. Maka dengan itu, tiada pelamin, tiada perkhidmatan makeup, tiada photographer, tiada goodies bag. Untuk perkara2 tu je, rasanya dah saving banyak sangat. Untuk barang2 hantaran, hantaran tunang simple je. Kebanyakan hantaran adalah makanan. Sebabnya, fikir nanti kalau kahwin, baru nak bagi hantaran barang-barangan.  Untuk tapak hantaran tu, d.i.y sendiri. Semua beli dekat nilai 3. Harga pun boleh tahan murah. Tapi, murah-murah pun, habis beratus2 jugak untuk barang hantaran walaupun letak makanan je. So, kat sini, aku saje2 nak share kat pembaca atau mereka yang bakal bertunang. Manalah tau, boleh dapat idea untuk buat barang hantaran bertunang yang simple dan mudah.

 
1. Coklat-coklat
2. Kek Secret Recipe. Nak yang ada cheese katanya.
3. Bahulu ikan
4. Buah-buahan
5. Marshmallow
6. Bajut-shirt (inilah satu2nya barang yg boleh digunakan)

7. Sireh junjung

Pada aku mencabar jugak buat alas tapak hantaran walaupun 2-3 polisterin je guna. Mana taknya, aku memang takde seni langsung. Mau menjerit-jerit aku sesorang dalam rumah ditemani kucing buat tapak hantaran dek gam panas melekat kat tangan. Tapi pikir beriya sangat aku mintak kat mak ayah aku nak bertunang. Maka aku cekalkan diri setiap kali balik sekolah, buat sikit-sikit.  Ayat cekal tu macam skema pulak --!
hah..ni buktinya. Setiap kali aku nak balut polistrine tu, setiap kali tu lah dia nak mencakar
 Selain itu, bunga-bunga kat bakul tu sebenarnya aku main cucuk-cucuk je. Disebabkan ada sedara-mara yang baik dan comel, makanya untuk sireh junjung tu, mak sedara yang tolong buatkan. Kalau nak harap aku buat sireh junjung, memang jadi menara condong je la kot. Memang cantik sangat mak sedara buatkan sireh junjung. Untuk bahulu ikan tu, ramai yang tanya tempah kat mana. Sebab, sekarang ni, susah nak cari bahulu ikan laki bini dengan anak-anak dia yang comel tu. Pada awalnya memang google je untuk cari kedai kuih bahulu ikan. Sekali jumpa lah satu kedai kuih bahulu yang buat bahulu ikan untuk hantaran. Kedainya dekat Econsave nak ke Senawang. Kalau kat facebook, guna nama D' Aneka Bahulu. Orangnya pun friendly dan boleh hiaskan kotak kuih bahulu tu ikut warna tema. So, sesiapa yang duduk area seremban nak cari bahulu ikan, boleh la tempah kat Econsave tu. Aku tempah sebulan awal dan dia buat sehari sebelum aku bertunang. Jadi, memang fresh lagi ikan laki bini dan anak-anaknya tu.

Okeh, pasal baju tunang, pon cari jalan mudah, beli dah siap kat Nilai 3. Malas nak pikir-pikir. Beli baju memang diberi sekali selendang/veil. Tapi, masalahnya tak reti nak pakai. So, aku beli la selendang lain untuk dipakai masa bertunang tu. Dan sampai sekarang, aku tak tau, apa yang aku nak buat dengan baju dan veil tu. Memang sampai bila-bila aku takkan pakai baju tu dah sebab kalau nak pakai pergi majlis-majlis biasa, agak over ye bagi aku.
Nampak tak?nampak tak? baju beli kat nilai je..tak ado butik.tak ado tempah
close up siket. Baju tunang simple. Selendang berserabut ye tuan2 dan puan2.


Disebabkan perbincangan kedua-dua keluarga dijalankan pada pkl 12 tgh hari. Maka, makanan pada hari kejadian adalah nasi-nasi berlaukkan melayu tradisional seperti udang masak lemak, ulam-ulaman, ayam goreng, sambal belacan dan lain2. Tempahan makanan diuruskan oleh nenek dan dibayar oleh ayah. Sekali lagi duit aku saving banyak giler. Aku hanya membayar sewaan dua biji khemah sahaja. Aku tak sempat nak ambil gambar-gambar kat khemah. Dan untuk hari pertunangan, aku hanya ada beberapa keping gambar je, tu pun sebab orang whatsappkan. 

Last sekali, sebenarnya aku sangat-sangat berterima kasih kat keluarga aku sebab bagi aku bertunang 30.5.2015 yang lalu.Family lah yang banyak bertungkus lumus mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk majlis aku. Aku harap, urusan perkahwinan aku kelak dipermudahkan seperti urusan pertunangan.
Okeh, sekian sahaja cerita seorang guru kepada audience.
Harap maaf kalau banyak typing error, sebab ni bukan buku rph kat sekolah yang nak kena guna ayat skema. Huaaahuaahaa

No comments:

Post a Comment