tabung ayam

Thursday, 12 June 2014

stimbot Wadi Ar-Raudhah

Siapa kat sini penggemar stimbot? Angkat jari cepat. Dalam masa tiga bulan ni, rasanya dah 4 kali aku datang satu kedai ni untuk makan stimbot. Nama kedai ni Wadi Ar-Raudhah yang mana lokasinya di sebelah Sekolah Rendah Rahang tak silap aku. So, orang yang sekitar Seremban mesti tau kot tempat ni. Sebelum ni aku pernah try makan stimbot dekat area Senawang, kuah Tomyamnya boleh tahan kena dengan tekak aku, tapi...tapi...tapi..aku tak suka bila utk bbq, dia letak aluminium foil tuh, kepuasan membakar tu macam terbantut lak aku rasa. Satu lagi dekat Seremban 2,  yang dekat area Jusco S2, seriously yang ni pilihan menu dia banyak giler, cumanya ia perusahaan Cina. Tapi ada je orang Melayu datang. Jika anda tidak merasa was-was silalah datang. Okeh, berbalik kepada stimbot dekat Wadi ni, pilihan makanan dia tak lah sebanyak macam kat Seremban 2 tu, tapi aku selesa utk makan kat sini.


Nasi Arab Ar Raudhah

Kalau pergi  jumaat, sabtu harga RM23sekepala, tapi kalau pergi weekdays RM20 sajo

Kali pertama pergi sempena birthday si adik bongsu

Kali ketiga pergi ngan en.pakwe
Kali keempat pun pergi dengan en.pakwe jugeksss.






Selalunya kalau datang sini, makanan yang aku banyak ambil udang, daging dengan tahu kering dengan pucuk je. Tu jelah makanan favourite aku kalau datang makan kat sini. Sometimes kuah dia kureng, sometimes kuah dia pedas dan sedap. 

mushroom soup sedap

tauhu kering beserta kuah tomyam sedap
Daging bakar celup sos blackpaper. Sangat sedap.
Ketam pon ada. Tapi untuk kali pertama datang je ada ketam. Kali kedua ketiga dan keempat non hadooo






Tak banyak gambar makanan yg diambil dekat Wadi ni sebab masing2 busy makan walaupun dah pergi 4 kali. Sebenarnya banyak lagi makanan dia mcam nasi goreng, mee goreng, segala jenis mee untuk direbus, segala jenis fishball, makanan laut, ayam, daging kambing, chocolate fountain bersama marshmalow, aiskrim, segala jenis sayur dan cendawan, bubur, tembikai dan banyak lagi lah. Lagi satu aku suka pergi kat Wadi ni, dia takde pulak tulis kena denda kalau tak habiskan makanan yg diambil macam lain2 kedai. Tapi memang benda yang aku makan selalunya habis la kan. Bila menaip pasal stimbot ni membuatkan aku rasa lapar dan nak pergi lagi. 

4 comments:

  1. sedapnya :( teringin nak g mkn.. selalu tengok cina yg mkn :(

    ReplyDelete
  2. wahhh ! food review ~~ hohoo. blom brpeluang lagi mrasa.. keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, nnt ade mase pergi la merasa :P

      Delete