tabung ayam

Thursday, 19 June 2014

Punca Jerawat di bahagian muka

Tadi aku ada scroll facebook dan ternampak ada org share jerawat di muka dan penyebabnya. Benda ni membuatkan aku teringat kat cikgu PJK aku masa sekolah menengah. Nama dia cikgu Rohana. Budak2 panggil di Cikgu Rock. Cikgu PJK aku ni, time belajar dalam kelas, dia akan buat selingan2 sikit. Entah macam mana boleh sampai topik jerawat. Dia pernah cakap macam ni, hahh, yang banyak jerawat tuh mesti selalu tak berak hari2. Awak jangan tak percaya cakap saya. Lepas nih awak kena selalu berak,bla.bla.nla. Pastu kiteorang dah macam ehhhh, cikgu tipulah. Macam takde kena mengena je pulak. Tapi dalam tak percaya apa yang dia cakap, aku rasa minda aku macam dah terhasut sikit. Aku dah terpikir maybe kalau sisa toksin tu xboleh kuar dari bawah, msti dia kuar dalam bentuk jerawat. (Sebenarnya aku tak tau pon benda yg aku pikir ni betul ke tak)

Disebabkan muka aku ni sentiasa ada jerawat, aku takde la pikir seratus peratus apa yang dia cakap tu betul. Sebab kita boleh sedar dengan apa yg jadi kat diri kita dan puncanya. Macam aku, aku berpendapat yang jerawat tu singgah kat muka bila nak datang bulan, dari segi pemakanan, waktu aku pakai bb cream, kalau duduk atau kemas tempat berhabuk, tak pun sebab aku memang pemalas nak mencuci muka pada waktu2 tertentu. Tapi kekadang aku selalu jugak terhasut dengan apa yang cikgu aku ni cakap.


Lokasi jerawat dan puncanya
Sumber: encik google

Lokasi2 jerawat dan puncanya ni adalah dari petua orang cina dulu-dulu katanya. Maka selama 25 tahun aku hidup barulah tahu serba sedikit yang jerawat nih datang juga dari masalah dalaman tubuh seseorang contohnya sistem pencernaan, hati, buah pinggang dan sebagainya.  Aku rasa semua tempat kat muka nih pernah dihinggap jerawat. Terutama sekali kat no 12 tuh mmg sentiasa ada. Tapi setakat nih yg no 14 tu belum lagi lah kot. Aku nih jenis malas nak layan kalau jerawat kecik2 nih hinggap kat muka, lantak piiiiiiiii lah dia nak tumbuh ikot mana. Kalau jerawat besar2 tu baru lah rasa macam ada effort sikit fikir cammne nak hilangkan. Dan  kesimpulannya sekarang nih, aku rasa apa yg cikgu Rock tu bagi tahu ada juga kaitannya kot. Haha.


Jangan tertipu dengan camera 360. Banyak je jerawat halus2 kat muka sebenarnye ^^!


4 comments:

  1. kalau sisa toksin tak keluar dari bawah mungkin boleh keluar dalam bentuk jerawat.. ummm macam ada logik juga kan.. tak pernah terpikir sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya pon tak tau ape yg say pikir ni betul ke tak, just teringat cikgu rock saya cakap je.

      Delete
  2. Oww.. nice sharing :) Kite download gambar tu ^_^ Kite no. 2, 7 & 12 .__. Macam betul gak sebab kite ada gastrik.. eh.. stress ke? xD 12 tu rasanya kebanyakkan orang ade, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, download lah, sy pon ambil dr google je.. jerawat nih mmg sentiasa ada je kan kat muka.susah betul nak pergi

      Delete