tabung ayam

Tuesday, 27 May 2014

sekolah rendah

5/5 yang lepas, aku last day jadi guru ganti kat sebuah sekolah rendah area rumah. Mengajar tak sukar, tapi mendidik tu sangat2 lah sukar. Even dah nak dekat 3 minggu aku tak mengajar, aku masih ingat lagi aktiviti yang aku buat kat sana. Rasa macam sangat bernasib baik, sebab aku hanya mengajar 19 waktu sahaja dimana 12 waktu itu adalah B.M dan yang selebihnya adalah D.M. Dan aku tak perlu handle segala aktiviti berbanding dengan sekolah menengah yang aku ajar tahun lepas, mau bertingkek2 keje.

Semenjak mengajar sekolah rendah, aku selalu meratib dalam hati, budak sekolah rendah sekarang tak sama macam budak sekolah dulu. Kalau dulu, cikgu marah pon aku dah takut, tapi sekarang ni kalau marah, diorang just takut 5 minit je, lepas tu buat perangai balik. Satu masalah aku, aku tak reti nak treat mereka macam pelajar darjah 2 dan 3 sebabnya aku dah terbiasa dengan pelajar yang umurnya belasan tahun

Dalam kelas yang aku mengajar subjek B.M ada segelintir murid jika diminta memberikan contoh ayat, selalunya dia akan bagi ayat2 yang kotor. Kotor kat sini means bukan lucah. Cuma dia suka selitkan perkataan taik, bontot, dan perkataan merepek2. Aku tak faham kenapa dia perlu nak bagi ayat yang kotor2 jika ditanya secara lisan. Seronok mungkin baginya. Kekadang rasa cam nak bagi penampar sulung, tapi kang kot mak bapak dia jumpa aku dan cakap see u in court!! pulak. Cuma bila aku lalu kelas yang aku mengajar B.M ni dan sewaktu tu waktu B.I, muridnya semua senyap. Nak mintak pergi toilet pon tak berani. Agaknya semua guru perlu bertukar menjadi dewata belangkasuka sang singa kot baru murid nak behave.

karangan pendek katanya. Tapi kalau dalam buku latihan, tulisan dia cantik sikit la. Yang huruf J tu, setiap hari kena suruh dia betulkan kalau bagi latihan.

Ini salah satu contoh karangan pendek murid darjah 2B. Ia dikarang oleh budak yg suka cakap kotor tu. Satu benda yang aku kagum dengan budak ni, kalau masa lapang atau masa pertukaran guru dia akan isi masa dia dengan menulis kat buku 555 ni. Aku tak sempat nak capture tulisan ringkasnya yang bertajuk 'aku anjing' dan 'cikgu nurul farhana'. Otak aku macam tak boleh cerna bila dia buat tulisan pasal 'aku anjing' tu. Entah mana dia boleh fikir nak tulis macam tu. Tapi tak kisah lah kalau tulisan dia tunggang langgang, yang penting dia nak menulis bila ada masa lapang.

Owh, satu lagi yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, aku terdengar perbualan dua orang murid masa buat keje sekolah. Sorang ni cakap "wei, mak aku cakap siapa yang cakap bahasa 'kap lam ya nga' (di tulis begini utk menjaga sensitiviti) dia murtad". Aku dalam hati dah macam owhh whatt!!. Terus jatuh hukum murtad tu babe  aku cakap dalam hati. Aku pon tanya kat budak tu, siapa cakap kat dia kalau cakap bahasa "tu" dia murtad walaupun aku dah dengar jelas dia kata mak dia yang cakap. Aku cuba memperbetulkan apa yang mak dia cakap, tapi dia lebih percayakan apa yang mak dia cakap dari apa yang aku cakap. So nak buat cammano lagi kan. Haih, lps ni kena beringat lah, apa yg kita cakap anak-anak mesti percaya walaupun benda tu mengarut.


Tahun lepas masa ajar Matematik 1D sekarang dah masuk 2B


Tahun lepas masa ajar 1A, sekarang 2B. Tapi suka gila tulisan di Bulat dan kemas.


Latihan rumah sukan. Kecik cinenot je diorang ni.


Darjah 3. Perasan tak yang duduk menonggeng tu? Hah, tu tengah buat kerja Matematik yg tak siap. Sebab lepas waktu aku, waktu cikgu matematik. Tau takot bila tak siap kerja sekolah.

Last day, tak sempat nak capture gambar ngan kelas lain sebab settlekan LINUS yang banyak


Begitu lah kehidupan guru ganti. Ada rezeki dapatlah mengajar tak kisahlah kat sekolah rendah mahupun menengah. Takde rezeki duduk lah rumah goyang kaki. Yang aku harapkan sekarang ni adalah posting dari spp.




5 comments:

  1. salam singgah dan follow.. comel adik2 cenonit ni. cikgu pun comel. untunglah!!! heee :)

    ReplyDelete
  2. best nampaknya jadi cikgu. kadangkala itulah mak ayah main sedap saja cakap tanpa memikirkan akan merosakkan pemikiran anak-anak mereka

    salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu..tp x semua la parent mcm tu :)

      Delete
    2. tu la tu..tp x semua la parent mcm tu :)

      Delete