tabung ayam

Friday, 9 May 2014

Kurap kucing

Cerita ni dah lama, dalam sebulan dua yang lepas, kucing belaan terkena penyakit kurap dekat telinga ia. Masa awal-awal tu, tak tau la pulak kurap. Tapi dek kerana ia dok menggaru telinga non stop sampai merah2 dan luka-luka. Makanya ahli di dalam rumah haruslah mengambil tindakan. Memang lah, aku ada tengok petua blogger2 tentang merawat kucing yang berkurap, tapi aku tak berani nak applykan kat si mereng ni.  Makin lama makin kesian kat ia. Kita yg tengok ia menggaru pon dah tak selesa entah apa lagi haiwan ni pulak rasa. Sampai bulu2 area telinga dah menipis.


Kurap, tapi tak berapa nak nampak kan??

Setelah di zoom, berkerak telinga. Penuh putih-putih kat telinga

Kurap telinga kucing si mereng, sampai luka-luka digarunya.

Makanya, kiteorang decide nak bawak ia jumpa veteriner. Untuk itu, aku ngan kakak aku bawk ia pergi pusat veteriner jalan pantai seremban. Murah la siket kosnya. Dr. kata kena suntik dua kali, satu utk vitamin dan satu utk hilangkan kutu2. Masa cucukan pertama, si mereng ni cool lagi. Tapi waktu suntikan kedua, dek kerana aku tak pegang tengkuk ia betul2, maka ia bergerak-gerak sikit, dan bila ia bergerak sewaktu Dr. tu cucuk, Si Mereng ni jerit sekuat2nya. Aku lak yg terasa macam sakit gila babi bila ia menjerit mcm tu. Yang aku perasan lps tu, Dr bagi ubat makan kat mulut Si Mereng ni. Aku pulak lupa nak tanya ubat apa yg dibaginya. Lepas je balik, je sampai rumah, aku terus rebus ayam untuk Si Mereng, dek kerana rasa bersalah.

Sebelum masuk bilik rawatan, ada makcik kat sebelah sana cakap, manjanya kucing awak.  Walhal, kalau kat rumah, orang pegang sikit je pon dia dah lari tak suka.
Lepas kena suntik. Sakit woooo......

Minggu berikutnya, hari yang sama, kiteorang bawak lagi Si Mereng ni pergi jumpa vet yang sama. Kali ni kena dua kali suntikan jugak. Disebabkan takut ia menjerit lagi, kali ni mak aku pon ada sekali. So, mak aku lah yangegang tengkuk ia. Dan Si Mereng tak menjerit langsung kali ni.


Ini kali kedua. Kain busuk warna hijau dia tetap dibawa bersama.

For a couple week, nampak macam takde sebarang perubahan pun kat telinga Si Mereng. Tapi lama kelamaan, kerak kat telinga ia makin berkurangan dan bulu2 telinga dah tumbuh balik. Dan sekarang ni, bila aku check balik telinga ia, mmg dah bersih dari kurap. Jadi, boleh lah aku cium kepala ia 150 juta kali lagi tanpa rasa takut.

P/s : kekadang terasa nama si mereng ni takde function pon, sebab kiteorang tak dpt pnggl nama ia utk ia dtg. Maklumlah, kucing pekak. Dan sekarang ni adik beradik panggil dia Amunyi sebab dia mengiau macam bunyi nyiiiiii bila tak dapat kain busuk

1 comment: