tabung ayam

Sunday, 6 April 2014

Siapa Mustafa Kamal Attartuk?

Hari ni nak share sikit informasi mengenai seorang bapa turki moden iaitu Mustaffa Kamal Attartuk, disebabkan kebanyakan blog banyak menulis balasan dan penyiksaan yang ditanggung semasa akhir hayatnya, jadi jomlah sama-sama kita lihat apa sebenarnya yang dilakukan oleh beliau terhadap negara Turki sewaktu pemerintahannya. Aku tau serba sedikit ni pon sebab masa sem 2, group aku kena tulis assgmnt mengenai Mustafa Kamal berdasarkan buku2 yang kami cari di library um.

Siapa Mustafa Kamal Attartuk?
Mustafa  Kamal Atartuk  merupakan seorang pemerintah zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Beliau adalah pengasas negara Turki moden yang dilahirkan di Salonika iaitu sebuah Bandar dalam wilayah Mecadonia  yang ketika itu masih sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah. Beliau dilahirkan pada 12 Mac 1881 dan nama penuhnya Gazi Mustafa Kemal Pasha. Sebalik namanya, ada makna yang tersendiri iaitu ‘Kamal’ yang bermaksud “manusia pilihan”. Gelaran Gazi atau Gazi Mustafa Kemal telah digunakan  semasa  berlaku Perang Kemerdekaan Turki. Beliau diberikan gelaran  nama 'Atarturk' selepas undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934. Atartuk  bermaksud 'Bapa Rakyat Turki.

Ideologi Yang Dibawa
Mustafa Kamal telah menggunakan  ideologi Kemalisme. Berdasarkan ideologi ini, beliau telah meletakkan enam prinsip yang utama iaitu republik, nasionalis (kebangsaan), populis (mengutamakan kepentingan rakyat), etatis (mementingkan campurtangan negara dalam ekonomi), sekular dan revolusionari ( menyukai perubahan yang cepat lagi radikal). 

 Sekularisme Mustafa Kamal Atartuk
Sekularisme ialah ideologi  bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran, dan undang- undang  harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini dipanggil golongan sekularis.  Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, kebebasan dari ajaran agama yang dipaksa oleh pemerintah kepada rakyat , sebuah negara yang neutral dalam hal ehwal keagamaan dan tidak memberikan sebarang keistimewaan dalam mana-mana agama. Berikut adalah sekularisme yang telah dilakukan oleh beliau:
  •  Penghapusan kuasa sultan dan khalifah serta pengisytiharan Republik ditambah dengan perlembagaan baru  1922-4. Di dalam penubuhan yang baru ini, Fasal tentang Islam sebagai agama negara Turki dikeluarkan daripada perlembagaan dalam 1928.
  • Madrasah dan kolej keagamaan dimansuhkan dan institusi tersebut diambil alih oleh sekolah para paderi dan juga fakulti ahli teologi yang telah dibina di Universiti Istanbul.  
  • kedudukan para ulama turut diketepikan juga sekali gus mereka tidak terlibat dalam pentadbiran. Mereka tidak lagi diberi peluang untuk membantu mentadbir.
  • Undang-Undang Awam  Turki di bawah Dikri undang-undang keluarga memberikan wanita hak untuk bercerai dan mengambil kuasa perkahwinan daripada pihak berkuasa keagamaan dan diserahkan kepada pihak  kerajaan. Persetujuan isteri adalah penting jika suami ingin mengamalkan poligami. Selain itu juga, perkahwinan secara berdaftar dibenarkan iaitu dengan mengikut undang-undang sivil. 
  • Akad nikah yang diwajibkan dalam islam hanya dibenarkan untuk sesiapa yang mahu melakukannya sahaja dan tidak diwajibkan. 
  • Pada 1932, mustafa Kamal telah memutuskan untuk menggantikan azan ke dalam bahasa Turki. Azan dalam bahasa Turki ini telah dibuat oleh Himpunan Linguistik dan disiarkan oleh Pejabat Urusan Agama. 
  • Al-Quran telah diperintahkan supaya hanya dibaca terjemahannya di dalam bahasa Turki bukan Arab.
  • Mustaffar Kamal Attartuk juga telah mengubah fungsi mahkamah dengan menutup segala mahkamah syariah. Segala hal ehwal agama telah diserahkan kepada mahkamah sivil untuk melaksanakan apa-apa tindakan yang dirasakan perlu. 


Pembaratan Mustafa Kamal Attartuk
Menurut Mustafa Kamal, peradaban ialah peradaban barat. Pandangan tentang pembaratan adalah Turki harus menjadi bangsa Barat dalam segala tindaklakunya. Mustafa Kamal cuba untuk membawa proses pembaratan kepada Turki iaitu dalam kesimpulan yang logik. Hal ini kerana beliau sendiri terpesona dengan tamadun Barat. 

  • Pada Oktober 1925, undang-undang topi telah diluluskan, undang-undang ini menjelaskan bahawa pemakaian topi ke atas golongan lelaki adalah diwajibkan. Topi yang tinggi adalah melambangkan status pemakainya. Manakala penutup kepala yang lain seperti tarbus adalah diharamkan sama sekali.  Pada tahun 1925 juga, pembasmian tarbus telah dilakukan. Perkara ini telah menyebabkan rakyat yang cintakan tradisi Islam menentang undang-undang tersebut. Namun, para penentang ini telah digantung.
  •  Sebelum ini, Turki menggunakan tiga kaedah yang berbeza untuk menentukan masa dan hari. Sistem kalender islam bermula dengan tahun dimana Nabi Muhammad s.a.w melakukan penghijrahannya dari kota Mekah ke Madinah. Seterusnya, pada 26 Disember 1925, perhimpunan telah menetapkan penggunaan kelender Gregorian( kalendar kristian ) dan penggunaan takwim islam telah dimansuhkan. 
  • Pengambilan sistem jam dan kalender barat, sistem pernomboran barat pada 1928 serta sistem sukatan dan timbangan barat dalam tahun 1931 tidak hanya memberi gambaran  mengenai cara pembaratan Turki, tetapi perkara ini telah memudahkan Turki untuk mengadakan komunikasi dengan pihak barat itu sendiri.
  •   Beliau telah memberi peluang wanita untuk mengundi di dalam pilihanraya munisipal dan menjanjikan mereka hak mengundi di dewan Persidangan Rakyat. Malah, pada Disember 1934, kaum wanita dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Parlimen dan pada 1935, 17 orang wanita telah dilantik sebagai wakil rakyat. 
  • Beliau juga menggalakkan wanita membuka tudung dan mendedahkan aurat seperti wanita-wanita di Eropah, dan menceburkan diri dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, majoriti golongan wanita yang berkerjaya tidak lagi memakai tudung. 
  • Muzik Turki yang dipengaruhi oleh alunan muzik Arab telah diharamkan atas alasan ianya adalah muzik bagi kaum yang mundur. Oleh itu, beliau menganjurkan agar muzik klasik dari Barat seperti Waltz dimainkan melalui stesen radio Turki.
  • Seni lukis dan ukiran menurut stail barat telah dipopularkan, manakala seni Khat hanya tinggal sebagai satu amalan dalam kalangan golongan tua dan orang tertentu sahaja.
  •  Dalam bidang kesusasteraan, perhatian telah diberi kepada penulisan sajak, dan pementasan drama yang berbau Barat.  
  • Pada 28 Jun 1934, satu undang-undang telah dipersetujui yang mengharuskan bahawa setiap masyarakat Turki perlu mempunyai nama keluarga mulai 1 Januari 1935. Persidangan telah mengundi untuk menganugerahkan Mustafa Kamal Pasha menggunakan nama Ataturk. Nama Ataturk itu secara khasnya untuk diri Mustafa Kamal dan keturunannya sahaja. Akan tetapi, setelah kematiannya dan tidak mempunyai waris, tiada lagi orang Turki yang digelar atau dipanggil Ataturk. 
  •  Beliau membuang semua gelaran-gelaran kuno dan hanya membenarkan perkataan Mr. Mrs dan Miss sahaja.
  • Pembaharuan yang penting adalah menggantikan huruf Latin untuk huruf Turki. Sebelum ini, apabila Empayar Uthmaniyah didirikan, Turki mempunyai bahasanya. Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang dibawa dari Asia Tengah. Bagaimanapun, ianya dipinjam dari Bahasa Parsi dan Arab. Penggunaan perkataan Latin sewaktu pemerintahannya ini telah memutuskan hubungan antara masyarakat Turki dan Arab serta Parsi.
  • Cuti pada hari Jumaat dibatalkan pada tahun 1935 dan cuti itu mula diganti mulai jam 1.00 tengah hari  Sabtu hingga Isnin pagi. Cuti hari ahad menggantikan cuti hari jumaat sebagai cuti mingguan ini adalah dalam perkara-perkara seperti perniagaan dan perhubungan dan ini dilihat telah mengikut dunia barat. 


Kesimpulannya, jelaslah Atartuk telah melaksankan banyak pembaharuan kepada masyarakat Turki. Sunguhpun beliau seorang Islam, ternyata sesetengah tindakan yang dilakukannya tidak menunjukkan beliau seorang pemimpin yang cuba menegakkan ajaran Islam. 

No comments:

Post a Comment