tabung ayam

Wednesday, 26 February 2014

Interbiew

Owh, lega rasanya bila dah lepas interview 24/2 hari tu untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, atau nama lainnya jawatan cikgu-cikgi. Hari khamis sebelum tu member suruh check nama kat SPP sama ada nama ada tak untuk diinterview. So, bila check memang ada interview hari isnin pukul 7.30 pagi. Memang kalau dikira persediaan tak cukup la. Sebabnya dalam tiga hari tu baru menggelabah cari segala sijil dan buat urusan cop mengecop salinan dari ketua kampung. Okeh, sebenarnya urusan cop tu mak aku yang tolong settlekan. Dengan sehari sebelum interview baru nak masuk kedai bata cari kasut, baru nak cuci gambar, baru nak print nota2 baru nak pegi bundle cari blazer. Dan akhirnya blazer dipinjam daripada encik pakwe punya kakak. Lepas tu mulalah menggelabah baca dasar pendidikan negara. PPPM, KSSM, FPK dan segala benda yang berdasarkan pendidikan. 

So, masa interview tu 6 orang sekali masuk. Nasib baik la interview dengan member2 sekuliah. Cuma ada seorang lagi dari USM. Segala dasar pendidikan negara tak disentuh dan ditanya. Dan segala soalan berdasarkan KBKK. Disebabkan aku dikerusi yang keenam, bila ditanya pendapat, masa tu rasa aduhh lah, semua pendapat yang nak diutarakan member2 sebelumnya dah bagi tau. Tapi,disebabkan kena jugak bercakap, so aku pon trylah apa yang boleh. Disebabkan kiteorang 6 orang ni dari course sejarah, makanya soalan semua berdasarkan Sejarah. Ada  jugak ditanya fakta2 sejarah. Bila takleh jawab, rasa cam  krikkrikkrik jugak la dalam tu. Haha.

Antara soalan temuduga pendidikan sejarah ialah :
1. Pengenalan diri
2. Apa itu pemikiran sejarah
3. Bagaimana nak terapkan nilai patriotisme dalam diri pelajar sewaktu mengajar tanpa memberi tahu pelajar nila patriotisme tersebut
4.Soalan keempat ni aku tak ingat dah
5.Maksud nilam
6. Pingat yang ada dalam nilam
7. Sejarah bendera Malaysia
8. Sejarah lagu Negaraku
9. Check buku RPH masa praktikum

Name tag senget macam tuannya.


Apa2 pon, kami di zon tengah dah pun selamat diinterview, Now tawakal je la supaya lulus. Sekarang ni tengah tunggu kawan2 lain di zon Sabah Sarawak, Pantai Timur, Utara dan Selatan lak untuk ditemuduga sehingga Mac 2014. Harap semuanya berjalan lancar dan kami semua berjaya untuk posting. Amin.


3 comments:

  1. salam,,maaf lari dr tajuk diatas.. saya nk tya,, sy lpsan dip.perakaunan.. nk memohon dlm bdg pendidikan (kaunseling) adakah saya layak?.. even utk u lain jgk spt ukm, upm..tetapi dlm bdg kaunseling.. harap dpt membantu mgkin saudari ada pglmn kwn2 yg diploma yg masa deg ambik lain dip lain..ada x cmtu??? o sy je yg tya soklan pelik nie.. blh x email kat fiezaae_92@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalala, ekceli saya da bg email kat awak semalam :)

      Delete
  2. Salam..tahniah sbb sudh brgelar guru..saya ingin brtanya saudari..saya sblm ini gstt slama stahun dan slps itu mnjadi guru gnti pndidikn.khas slama 2 tahun..saya brklulusN ijazah komunikasi..bolehkah saya memohon untuk menjadi guru tetap dan bagaimanakah caranya..harap jasa baik..tlong emel ke san86hi@yahoo.com.my...terima kasih..

    ReplyDelete