tabung ayam

Sunday, 20 October 2013

Cara nak mohon guru ganti

Assalamualaikum

Disebabkan dah tak tau nak tulis apa kat blog ni, aku nak share cara untuk apply guru ganti. Disebabkan dah berpengalaman 2 kali jadi guru ganti, boleh la aku share macam mana nak apply. Sebenarnya untuk apply guru ganti ni ikot daerah jugak. Contohnya macam aku, kat seremban ni. Aku akan pergi PPD Seremban dan isi segala borang yang diberi. Masa isi tu, sertakan sekali salinan ic dan sijil2 berkaitan. Dan seterusnya tunggu pihak PPD call untuk temuduga

Pengalaman pertama:
Lepas je hantar borang dekat PPD, keesokan harinya PPD call suruh datang temuduga esoknya. Jadi, bila datang temuduga tu, sebenarnya tak temuduga apa sgt la.. Pegawai tu akan arrangekan kat sekolah mana yg sesuai dengan kita mengikut tahap kelululusan kita. Waktu ni, disebabkan aku tak dapat lagi sijil  dan transkrip, makanya kelulusan aku dikira dari STPM. So, sekolah pertama masa aku jadi cikgu ganti, aku dapat SMK Mantin. Tapi sekejap je la. 12 hari sahaja sebab cikgu yg aku gantikan tu da nak abis bersalin. Bila penolong kanan akademik tanya nak sambung lagi tak, jawapan aku semestinya tak. Sebabnya, aku ada masalah dari segi transport yang mana sekolahnya amik masa 30-40 min dari rumah aku. Bagi aku, agak tak berbaloi.
Pengalaman pertama guru ganti


Pengalaman kedua:
Disebabkan aku berfikir2 yg PPD akan hantar aku jauh2 lagi kalau aku apply, makanya aku pon guna cara lain. Ekceli, aku tak kisah kena hantar mana2 sekolah, tapi disebabkan masa tu aku takde lesen lagi even umur aku da 24 tahun, maka semua tu perlu diambil kira. So, kali kedua ni, aku call sekolah berhampiran. Dan alhamudlillah, dengan sekali call, sekolah tu kata memang ada cikgu bersalin dan perlukan cikgu ganti dan suruh aku hantar resume dan segala sijil untuk diusulkan ke PPD. DAlam masa seminggu PPD call tanya pasal permohonan aku untuk jadi guru ganti ke sekolah tu. Tapi, pegawai tu pada awalnya nak hantar aku ke sekolah lain yang mengikut kesesuaian subjek yang aku amik masa kat u. Jadi aku terpaksa berterus terang yang aku takde lesen dan dia tempatkan aku semula kat sekolah yang mula2 aku mintak. So, aku bersyukur gila sebab dekat je. Mak aku boleh jemput pergi balik. Yang kedua ni, aku mengajar sekolah rendah dalam sebulan lebih siket. Serius aku suka. Tekanan tak besar macam sekolah pertama.

pengalaman kedua: terlindung dek keghairahan si kenit bergambar


Mengenai gaji guru ganti yang pasti gaji akan masuk lepas habis mengajar. Tapi ada je dalam kalangan kawan2 aku yang mengajar, gaji masuk lps sebulan lebih dari mengajar. Kadar bayaran, mengikut kelulusan. Contohnya masa aku gunakan sijil stpm, gaji dibayar RM 59.40 sehari. Tapi untuk mengajar sekolah kedua, gunakan sijil ijazah, gaji dibayar dengan bayaran RM 95.70. Utk spm dan diploma, tak psti kadarnya berapa. Mcm sekolah pertama ni, aku terpakse tunggu dua bulan utk gaji aku yg hanya beberapa ratus tu. Maybe sbb kerani lmbt bertindak sbb kawan2 aku yg sekolah laen, cepat je masuk gajinya. So, bab gaji ni mmg kena bersabar gila.

Macam senang je kan nak apply. Tapi benda ni bergantung kepada negeri dan daerah jugak dan mengikut kekosongan. Contohnya macam kawan aku yg kat johor ni, ada sesetengah yg apply berbulan, tapi tak dipanggil. Maybe mcm kat Seremban ni, kekosongan itu ada. Dan aku teringat bila jumpa sorang ni dalam tren, belajar tempat yang sama dengan aku. Tak silap aku, dia duduk dekat Tampin. Masa dia da habis ganti satu cikgu ni kat sebuah sekolah, beberapa hari las tu, PPD kawasan dia call dia lg, mintak dia gantikan sekolah lain. Mungkin kekurangan permohonan, so dia sentiasa diperlukan. Selain tu, ada jugak kawan yg gantikan untuk MRSM dan SBP, cumanya aku tak tau caranya. Itu je lah yg aku dapat sharekan mengenai guru ganti.

Ps/: bila pulak pak menteri pendidikan nak panggil kami temuduga posting, jeles sudah dengan dpli dan gstt yang sudah dipanggil utk temuduga

102 comments:

  1. good info....boleh la mohon lepas habis graduate...smbl nak mohon kerja lain...btw sy orang port dickson.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep3.....mudah je cara nak mohonnye, cume kena tunggu respon ppd je :)

      Delete
  2. oooo macam tu rupanya.. bolehlah nanti acik mohon

    ReplyDelete
  3. nak tanye... just g ppd amek borang or kne isi terus kat situ x bole bawak balik borang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je bawak balik isi kat umah..sebab kena tampal gambar segala

      Delete
    2. Nurul Farhana: yang kena tampal2 tu apa ja..boleh x tolong listkan..so xyah dh nk ulang-alik ke ppd..hehe..syukran :)

      Delete
    3. shuhada, just tampal gmbr n segala fotostet ic dan sijil cthnye sijil degree, transkrip, spm...

      Delete
  4. dah lama apply tp xkena pggil pun...mcm mana ye nk bwt cara cepat? kat belakang umah ni ada sorg cikgu yg nk bersalin...dh tanya kat dya tp xtaw nk bwt mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudari afiah, cuba tanya cikgu tu sekolah mana? terus p sekolah tersebut n cuba tanya pihak sekolah sama ada ada kekosongan atau tidak, nyatakan anda hendak menjadi guru ganti (nyatakan guru blkg rumah anda yg nk bersalin tu). InsyaAllah, pihak sekolah akan panggil sbg guru ganti jika tiada halangan apa2. moga Allah permudahkan urusan anda :) jd guru yg baik dan kreatif :)

      Delete
    2. Afiah :) , kalau cara cepat sy tak tahu pulak mcm mana.better tanye sekolah tu dlu sma ada dia leh usulkan ke ppd or mmg dia suruh tunggu ke respon ppd..

      Delete
  5. sahabat. kalau terus p sekolah n terus tanya terdapat kekosongan atau tidak, boleh ke? atau perlu ke ppd/jpn terlebih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah call sekolah utk guru ganti yg sekolah rendah ni.pada awalnye sekolah tu kata ada guru yg bersalin dan minta isi borang dekat ppd..tp sy bg tau kerani sekoah tu, jika saya isi borang ke ppd.blm tentu lg sy dapat sekolah yg sy call tu.jd kerani sekolah tu minta saya hantarkan resume kepada dia dan dia usulkan ke ppd..so, sy dpt jd guru ganti kat sekolah yg sy call tu.mungkin tu rezeki la.sbb ada jugak member2 lain yg call sekolah2..tp respon negatif.

      Delete
  6. Salam..sy nk tumpang bg info bg sesiapa yg bminat nk jd guru ganti di MRSM boley rajin2 surf utk iklan diorg ea...sy mohon dlu melalui iklan yg pihak MRSM kluarkan...gaji ikut level pngajian la, tp bg MARA diorg akn plih degree la..RM100/hari....alhamdulillah, sy dpt mngajar di MRSM Kepala Batas Pulau Pinang slma 3bulan...gajinya pon, alhamdulillah, baguuss...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sy tau iklan dorang tu kt website mara ke?

      Delete
  7. Salam..sy nk tumpang bg info bg sesiapa yg bminat nk jd guru ganti di MRSM boley rajin2 surf utk iklan diorg ea...sy mohon dlu melalui iklan yg pihak MRSM kluarkan...then buat surat rasmi mohon keje tu pd MRSM yg kuarkan iklan tu..bserta dgn transkrip n sijil2, nant d pgil utk tmuduga...gudluck ea...gaji ikut level pngajian la, tp bg MARA diorg akn plih degree la..RM100/hari....alhamdulillah, sy dpt mngajar di MRSM Kepala Batas Pulau Pinang slma 3bulan...gajinya pon, alhamdulillah, baguuss...=D

    ReplyDelete
  8. Slm,
    Utk tahun 2014, dkt sekolah DH bakal ade 4 kekosongan... Kelulusan SPM pun gaji RM50++
    kalau berminat jom walk in kt blog DH ye,hehee.....:-)
    (http://diarihati04.blogspot.com)

    ReplyDelete
  9. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/12/giveaway-giga-join-win-by-wanie-putri.html

    TAG AWAK

    ReplyDelete
  10. hari tu g ppd Gombak, pegawai sana kata skrg ni ppd x uruskan lagi utk call guru2 ganti, kita kena tny terus kpd sekolah, then pihak sekolah akan uruskan surat lantikan etc....

    ReplyDelete
  11. salam, nak tanye, lepas kte da d terime jd guru sandaran n lepas da abis contract, die akn sambung x contract? or die tros serap ke?

    ReplyDelete
  12. salam, saya baru dapat tawaran sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah di senawang bagi mengantikan seorang guru pendidikan islam yang akan bersalin daripada guru besar sekolah tersebut. saya nak tanya saya merupakan pelajar lepasan diploma kesetiausahaan, jadi boleh ke saya memohon dan mengajar walaupun tiada pengalaman dalam bidang pendidikan? guru besar tu suruh saya mencuba dulu hantar resume ke pejabat esok. harap dapat la kerja ni sementara masih menganggur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, better ambil je, sebab pengalaman kan. lagi pin guru besar yang offer kan. sebenarnya setahu saya ramai je yg bukan dalam bidang pendidikan jadi guru ganti. Sementara takde kerja baik mencuba untuk dapatkan pengalaman.

      Delete
  13. nak tanya lepas abis guru ganti / sandaran tu...bleh ke kte apply untuk g maktab...kurang arif...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon kurang arif dengan perkara ni, mintak maaf ye :)

      Delete
  14. Salam. Tumpang tanya. Saya ni sedang menunggu result spm. Boleh tak kalau saya nak mtk jdi guru ganti guna result trial spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalala, better tanya ppd bahagian awak

      Delete
  15. salam sejahtera, nk tnye ckit. Kalau ada pengalaman jadi guru ganti nanti boleh mohon untuk jadi guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, saya pon x sure pasal tu, kena tanya orang yang lebih arif la kot

      Delete
  16. thanx for the info..bleh la cbe lps abes blaja bln 6 ni nnt..

    ReplyDelete
  17. salam nak tanya..sy skrg masih belajar lg, degree student..kalau nk apply guru ganti ni, means that sy gune kelulusan dgree la yer? wpun lom hbes bljr lg..or boleh ke guna sijil matrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam :)
      seingat saya hari tu, even saya dah habis blaja tapi belum konvo, pegawai ppd tu gunakan sijil stpm untuk tentukan gaji sebabnya saya belum konvo

      Delete
    2. tapi seingat saya, ada juga kawan saya yang belum konvo dapat gaji degree masa mengajar, tapi dari ppd yang lain

      Delete
  18. salam.. saya nk tya.. maaf lari dr tajuk di atas.. saya lpsn dip.perakaunan,cgpa 3.11.. saya minat dlm bdg pendidikan (kaunseling) dan sy ingin menyambg degree dlm pndidikan(kaunseling) (nak ltk dkt upu tu semua pendidikan) tetapi kalo di pikirkan nk msuk bdg pndidikan 4 thn.. nnty dh 26.. masalah saya umur la sbb dh tua tp bru abis stdy.. dan adakah sy layak.. utk msuk bdg pndidikan.. terima kasih.. mohon email ke fiezaae_92@yahoo.com.. harap saudari dpt memberi pndgn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai :), saya da reply dekat email awak :)

      Delete
  19. Ajar ape masa jadi guru ganti tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, masa sekolah menengah tu ajar pengajian perniagaan dan bm, masa sekolah rendah mengajar matematik, sekarang ni masih jadi guru ganti sekolah rendah subjek bahasa melayu

      Delete
  20. Ajar ape masa jadi guru ganti tu ?

    ReplyDelete
  21. nak tanya saya minat jadi guru ganti?tp saya bukan lepasan mktab atau perguruan .boleh ke memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnye ikut nasib jugak, try la apply kat ppd awak, ada rakan saya yg dari negeri lain pun sukar nak dpt jadi guru ganti walaupun mmg ambil pendidikan, pape pon better try je :)

      Delete
  22. boleh bagitau cara nk apply cikgu ganti ni ?? kalau boleh emailkan caranya kat email saya ddiz16@yahoo.com

    procedure2 yg awk lalui utk apply..tq..amat membantu sekiranya awk sudi membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, mcm saya tulis kat atas tu, sebenarnya just ambil borang je kat ppd dan isi. dan tunggu sampai ppd call. ataupun sy call sekolah berdekatan tanya kekosongan dan hantar resume di sekolah berkenaan, ataupun kebanyakan kawan2 yang akan beritahu ada kekosongan di mana2 sekolah dan minta sy apply di sekolah berkenaan. :)

      Delete
    2. sy pernah la pegi ppd mntak borang tuk guru ganti . kerani sana ckp sruh buat resume . masalah nye skunk ni , sy xpndai buat resume tu , tlg bg contoh bleh x ?? hehe . ... apesal ppd sni pelik sgt . ppd lain ok je bg borang .

      Delete
  23. assalamualaikum..maaf bertanya...utk yg tiada pengalaman mcm sy..guru ganti akan dipanggil ikut subject yg tkde guru ke??

    ReplyDelete
  24. thanks senior UPSI.
    Salam kenal dari junior UPSI. hehe
    boleh apply bulan 6 nnti :)
    thanks akk. info yg sgt berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehem nnt bulan 6 boleh la apply, nak tunggu posting lambat bebenar :)

      Delete
  25. Salam . saye nk mohon jdi cikgu jugak . tapi saye tgah tggu result asasi . boleh k saye mohon ?

    ReplyDelete
  26. Salam . saye nk mohon jdi cikgu jugak . tapi saye tgah tggu result asasi . boleh k saye mohon ?

    ReplyDelete
  27. Salam.. dengar kata sijil2 untuk permohonan tu perlu ada cop pengesahan jgk ea..?? hehe.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya sblm ni saya mohon x perlu kan cop pengesahan, maybe lain tempat lain cara :)

      Delete
  28. salam, sy student pendidikan jgk. igt cuti sem nak mohon kerja ni sebab sgt perlukan duit. lgpon nak cari pengalaman before grad. perlukan resume and ada contoh tak? dan dkt borang ppd tu boleh minta ke sek rendah / menengah? boleh emelkan dkt adninosman@gmail.com terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sy apply kat ppd kawasan saya, xperlukan resume. tapi kalau minta terus dengan sekolah, sy kena serahkan resume :)

      Delete
    2. Salam..kalo nak pergi ppd cuma bawa salinan ic dgn sijil je ke??

      Delete
    3. saya bawak segala salinan ic ngan sijil2

      Delete
  29. Salam nak tanya .. segala jenis borang , sijil ape semua tu kena ada pengesahan ke dr mana2 pihak ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu ppd saya x mintak pon disahkan semua tu, tp sy x sure utk ppd lain

      Delete
  30. kena pergi ppd jugak ke untuk hantar resume sebab online dkt ppd pun ada e-kgsk tu. ke kena hantar jugak semua tu ? email saya amaliasyahidah77@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh, saya x pernah tau pulakada e-kgsk ^^!, mmbr2 saya suruh pergi ppd, so sy pon mmg terus direct g ppd dan isi borang :)

      Delete
  31. nak tanya.....klu nak jadi guru ganti kena ada diploma perguruan @ ijazah pendidikan ke?....saya tak semua tu sebab saya hanya lepas stpm saja....boleh mohon jadi guru ganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try apply kat ppd yep,mane tau ada rezeki

      Delete
  32. gaji mmg lmbt dpt..bulan 5 punye gaji sy xdpt lg..sedeh..kje bgai nk rak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tuh, depends gak kat kerani sekolah, macam saya sekolah pertama tu lambat gila, tp sekolah kedua tu, mmg cepat, bila gantikan lagiutk awal tahun ni dekat sekolah yg kedua tu lagi, gaji masuk on time je

      Delete
  33. Salam Nurul Farhana,
    Ni ke alamat PPD Seremban, betul x?
    Pejabat Pendidikan Daerah Seremban,
    KM 4 Jalan Kuala Pilah Ampangan,
    70400 Seremban, Negeri Sembilan

    ReplyDelete
  34. Assalam..ppd ker yg tentukan sekolah mana yg perlu kita ajar??


    ReplyDelete
  35. Salam saudari. Nk tnye klu kelayakan cuma ada dioloma saja blh ke memohon utk jadi guru ganti? Atau perlu smbung ke maktab perguruan br blh blh apply?

    ReplyDelete
  36. Xpyh...sy dploma kjuruteraan awm..msih lg bley jd guru gnti....dh dua kli jd guru gnti kt skolah menengah..tp malangnya gji kt sni ikot spm je sbb ppd xde peruntukn...

    ReplyDelete
  37. hai nak tanya sedikit saya baru habis STPM saya so saya boleh mohon tak utk guru ganti.

    ReplyDelete
  38. as salam, masa akak jadi guru ganti yang pertama. akak dah dapat result stpm ke belum?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum..
    Kak.. nak isi ape je dlm resume tu? Sy keliru nk buat resume.. sy lg tgu rslt stpm.. hmm

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum .. Sye pelajar lepasan spm menunggu result spm utk kluar .. Bole k sye mohon jdi ckg ganti ??

    ReplyDelete
  41. Guru tuisyen di Batu Kikir jika ada yg berminat boleh layari TuisyenNurulilmi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ada pengambilan guru. Try la apply

      Delete
  42. assalamualaikum.. boleh x saya nk tgk contoh resume awk ..thanks :)

    ReplyDelete
  43. salam sis.. saya adalah pelajar lepasan dip.pendidikan awal kanak-kanak. saya nak tnya, kalau untuk ijazah nanti boleh x sya nak sambung dalam bidang ijazah srjana muda pendidkan sek rendah di upsi? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... itu lebih baik.. supaya ada kelainan tapi masih ada kesinambungan. Saya sendiri pun, ijazah pertama dan kedua.. totally different.. First Degree Physics, Diploma Pendidikan, Master Pengurusan Sumber Manusia... Sekarang saya mengajar disekolah.

      Delete
  44. assalamualaikum..kalau mohon pakai result spm kena ada resume juga ker sis??

    ReplyDelete
  45. assalammualaikum .. saya baru lepas asasi dan tengah cuti semester, kalau nak memohon jadi cikgu sementara boleh ke ye? kalau kita inform dekat pengawai tu yang kita tak ada transport, boleh tak kita mintak sekolah yang dekat

    ReplyDelete
  46. thanks share..baru baca..tengah konpius gak nak mintak cena,eloklah awak share.. :)

    ReplyDelete
  47. http://iminlovewithyouuu.blogspot.com/
    do follow my blog tau sis..blogwalking

    ReplyDelete
  48. hai. sy pun duduk seremban. mmg berhajat nk mohon sbg guru ganti. tp sy masih bekerja skrg. mcm mana ea. perlu ke sy berhenti kerja?

    ReplyDelete
  49. Salam nak tanya apa beza guru ganti lantikan PPD dengan lantikan sekolah yup ?
    thanx

    ReplyDelete
  50. salam 'alayk.

    Kak Ngahh! Kita Zetty, anak mokteh. Haha. Suprisingly, dengan izin Allah, terjumpa blog kak ngah yang comel ni hee. Sebab kita tengah usha usha pengalaman orang lain untuk guru ganti ni. Wahaha. Okay itu je nak cakap. Kalau sudi, follow la blog kita nii. *budak tak malu*

    Nanti nak update pasal pengalaman dan tips apply guru ganti juga lah. Tapi tunggu pengalaman yang kedua ni dulu. Ngee.

    Rabbuna yusahhil! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://ainseorangpemalu.blogspot.com/

      Delete
  51. Saya juga bekas guru ganti. 5 buah sekolah dah kat Seremban.2012-2013..Huhuhu..xpernah dapat yang dekat.Itu yang sakit.Nak2, saya kena campak kat SK Mantin dan SK Labu..jauh dari seremban

    ReplyDelete
  52. Salammm.hai nk tya kalau apply kat ppd resume dperlukan x? Lagi satu.kalau sy lpasan diploma komunikasi dpt ke apply?..trima kasihh

    ReplyDelete
  53. Salammm.hai nk tya kalau apply kat ppd resume dperlukan x? Lagi satu.kalau sy lpasan diploma komunikasi dpt ke apply?..trima kasihh

    ReplyDelete

  54. Jawatan Kosong Sambilan - Cikgu Tuisyen SPM / PT3 / UPSR (RM3200)



    1HomeTuisyen menawarkan Jawatan Kosong Sambilan atau Part Time sebagai Guru Home Tuisyen untuk mengajar subjek-subjek UPSR / PT3 / SPM / STPM / A Level di sekitar -

    1. Kelantan - Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,...
    2. Selangor - Puchong, S.Alam, Gombak, Sepang,...
    3. Terenganu - Besut, Dungun, Kemaman, Marang,,...
    4. N.Sembilan - Nilai,Tampin, Seremban, Tampin,...
    5. Penang - Bayan Lepas, Butterworth,...
    6. Pahang - Kuantan, Raub, Rompin, Temerloh,...
    7. Sarawak - Kuching, Sibu,Bintulu, Miri,...
    8. Perak - Taiping,Ipoh,Kerian, Kampar,...
    9. Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
    10. Kedah - Baling, Kodiang, Sintok, Yan,...
    11. Johor - Segamat, Muar, Mersing, Kluang,...
    12. Perlis - Kangar,Arau,Padang Besar,...
    13. Sabah - Kudat, Sandakan, Tawau,...

    Cara memohon: Isi borang permohonan di >> http://1hometuisyen.blogspot.com/p/kadar-bayaran-tuisyen-di-rumah.html


    *****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole pecaye ke blog yg penyelie pentadbiran suggest tu? Tkut x betol... Maaf, saye cume bmbng mnetau scam ke ape sbb intrnet skrg bnyk yg x bole caye...

      Delete
  55. boleh bg fb tak kak? saya pun lepasan upsi

    ReplyDelete
  56. lepasan spm, nak masuk upsi kena guna upu tu ye? ke ada cara lain? mohon bantuan..

    ReplyDelete
  57. kalau borang online ad tak untuk ppd seremban tu?

    ReplyDelete
  58. kalau borang online ad tak untuk ppd seremban tu?

    ReplyDelete
  59. nak tanya saya baru apply guru ganti kat ppd dan sudah hntr permohonan.Tapi ada org cakap kena buat resume hntr kat sekolah yg kita nk.So,nk kena buat resume ke or tunggu response dari ppd ?
    harap dpt bg pencerahan sikit....

    ReplyDelete
  60. hello cikgu nurul farhana:
    saya nak tanya pasal guru ganti
    spm saya ade beberape subject aku gagal tapi aku suka menajar macam mana
    saya nak jadi cikgu
    cikgu nurul farhana boleh tolong saya tak
    terima kasih

    ReplyDelete
  61. Klu tengah tunggu result spm boleh mintak jadi guru ganti x

    ReplyDelete
  62. farhana dah posting sekolah mana? dh dpt lantikan tetap ke

    ReplyDelete
  63. Enter your comment...Assalamualaikum akak, saya nak tanya, macam mana subjek yang akan kita ngajar tu ditentukan ? Kita boleh apply tak subjek yg nak ngjar ?

    ReplyDelete