tabung ayam

Friday, 12 July 2013

Novel fixi

Assalamualaikum...

Aku dah terjebak dengan novel2 keluaran fixi yang dibeli cik kakak sedikit demi sedikit. Masa awal2 tu, dia beli novel Bisik. Takde feel pon nak membaca novel tu.Tapi masa tu, susah nak cari novel-novel fixi ni kat Seremban. So, aku dan Nadia adik perempuan aku akan tolong belikan kalau ada pesta buku kat kampus memasing. Yang penting si kakak bayar la kan. Aku tak sure sangat kenapa si kakak ni suka gila ngan novel ni, sampai pernah satu hari tu dia cakap, aku rasa aku da jadi hamba fixi la. Haha, pastu kalau ada salah satu novel tu tak kena dengan selera dia, aku akan dengar dia membebel, issshh, bila la nak abis cerita ni, bila aku kata dah tak suka tak yah la baca. Pastu dia jawab, ehh, tak boleh, kena baca, kesian lah kat penulis dia.. Tu dah memang sesuai la bila dia kata dia hamba fixi. lalalala..

Novel fixi yang terkumpul

Isnin lepas di kedai buku menemani si kakak membeli novel Tuhan

Ada satu hari tu, aku pon dok baca la novel Bisik. Rasa cam rare gak jalan cerita dia. Macam kejam pon ada jugak ceritanya, entah apa lagi bila scene eksperimen dengan kucing tuh. 

Novel Bisik


Dah lama tu, baca pulak novel Kelabu. Masa awal2 baca cerita tu, aku asyik belek je dia punya cover, sebab nak gambarkan watak utama dalam otak aku ni. Memang dok telek banyak2 kali la jugak walaupun ditutup dengan kamera. Bila dah syok2 baca nak sampai setengah dah..rupa-rupanya...terus rasa geli2 siket bila baca bab seterusnya sebab aku suka berimaginasi dengan apa yang ditulis. Haha..

Novel Kelabu
Dalam dua hari lepas pulak, aku baca Mental dengan Murtad terus. Aku berjaya habiskan Mental dalam KTM dari Seremban-Tanjung Malim dan dari Tanjung Malim balik ke Seremban balik, tak toleh kiri kanan, baca, alih2 dah sampai je destinasi. Yang Murtad ni pulak bagi aku best sangat, santai gila ayat-ayat dia, dengan ayat Kedahnya walaupun aku aku tak paham beberapa perkataan macam dejey, pelaq..Memang baca pun ada masa cam nak gelak2 je. Pasal si Akhil dan Adam yang dok jadi pembunuh untuk orang-orang yang Murtad. Sampai imaginasi aku tinggi dok bayangkan yang si Adam ngan si Akhil ni rupa diorang macam ustaz Don Daniyal. Haha 

Novel Murtad
Kiranya baru baca 4 novel Fixi. Apa yang boleh dikatakan, novel-novelnya memang guna bahasa mudah, ada aksi2 yang ganas2, ada aksi kejam2, ada gak la lucah2 siket. Takde nak jiwang2 terlampau macam mana2 novel cinta yang banyak gila kat pasaran sekarang. Kira novel-novel fixi ni memang lain siket dari kebanyakan penerbitan novel-novel lain. Walau apa pon, lain orang, lain seleranya. 











No comments:

Post a Comment