tabung ayam

Tuesday, 7 May 2013

Cerita tiada tajuk

"Okeh, semua orang turun sini, sini perhentian terakhir" Uncle bas sks-kl melaungkan suara kepada penumpang2 yg menaiki bas tersebut  yang datang dari bandar Seremban.
Cuaca pada waktu itu adalah hujan. Hujan lebat. Seorang perempuan yg menaiki bas berkenaan bertanya kepada pemandu, uncle, bas ni x masuk puduraya ke?
Uncle tu terus menjawab, tak tak. ni last perhentian. turun kat sini.

Jadi si perempuan terbabit yang membawa beg laptop n beg tarik turun dari bas dgn muka sedih ala2  tersingkir dari akedemi fantasia. Tekad dirinya utk meredah hujan lebat ke pudu raya. Dari kedai2 di tepi kota raya perempuan terbabit berlari2 bersama beg tariknya melintas ke Kota Raya. Kemudian berlari2 meredah hujan untuk menyeberang jalan yang dihadapannya terdapat Guardian. Tak rasa langsung perasaan ala2 main hujan macam cerita hindustan! Kemudian si perempuan terpaksa berhenti seketika di tengah2 pembahagi jalan akibat kereta yg lalu lalang sedikit pon x  memberi ruang si perempuan terbabit utk melintas. Sampai di hadapan Guardian, si perempuan terbabit perlu menyeberang ke kiri pula yang dihadapannya terdapat Watson. Mata-mata umat manusia yang berteduh di hadapan Watson memerhati, tak pasti pandangan sinis or pandangan simpati, tapi si perempuan sedar mata seorang mat bangla galak memerhati baju si perempuan yang basah. Dalam hati si perempuan, nak je disimbah asid kat mamat bangla berkenaan.

Dari Watson, si perempuan terbabit berjalan sehingga di hadapan hotel gah yang x dikenalpasti namanya. Kemudian meredah kembali hujan lebat hingga tiba di Puduraya. Tudung, baju, jeans dan kasut si perempuan basah. Basah teruk. Terus si perempuan terbabit mencari toilet dengan membayar sejumlah 80sen kepada si penjaga toilet, 30sen utk masuk toilet n 50 sen utk tisu. Tiada rasa utk membuang urine yang terkumpul, apetah lagi sisa makanan yg dicerna dalam perut. Masuk semata2 nak guna mesin pengering tangan. Ya. Mesin Pengering adalah solusi terbaik ketika itu utk mengeringkan tudungnya. Si perempuan terfikir utk menukar bajunya, tapi hampa bila mengenangkan di dalam beg tariknya hanya ada buku2 dan kertas2 fotostet seberat 2-3 kg yang mana kertas tersebut adalah kertas rujukan utk dia siapkan latihan ilmiah. Kertas2 tersebut turut basah.

Sehingga pkl 9.30 malam, si perempuan bertapa di Puduraya hingga bas ke T.Malim tiba. Setibanya di rumah sewa pkl 11 malam, si perempuan terbabit x langsung ada rasa nak keluarkan kertas2nya yang basah. Kemalasan melanda diri. Mood juga mati disebabkan beberapa perkara lain. Tapi, hari ini, bila si perempuan balik dari kelas, baru dia tersedar akan keadaan kertas2 di dalam begnya. Lalu memikirkan solusi mudah utk mengeringkan kertas2 tersebut dalam tempoh yang segera. 

Seterika adalah solusi yg paling mudah n segera

Tulisan kembang2 sampai terkoyak2 la jugak bukunya

Akhirnya si perempuan gembira kerana buku2 dan kertas2nya tidak akan mati kesejukan dan kebasahan apabila telah diusap2 oleh seterika.


Moral of the story: Sediakan payung sebelum hujan, 

1 comment:

  1. haha...cerita yang menarik...tapi kesian kerana basah kuyup...huhu...

    ReplyDelete