tabung ayam

Saturday, 23 February 2013

PTPTN vs KPM

Senario pelajar UPSI utk minggu ini



Ambil dari facebook upsi aku datang

Duit pinjaman PTPTN utk student upsi dah masuk semalam. Tapi duit utk pemegang biasiswa KPM blm lagi masuk. Mungkin 2-3 minggu lagi. So, adakah perlu makan meggi dulu utk 3 minggu ini? atau meminjam pada along2 bukit beruntung??




Cerita petang jumaat

Hampir pukul 2 petang, waktu kaum lelaki belum lagi balik dari solat jumaat. Baru minggu pertama kat upsi lepas da berapa lama dok bercuti. Duduk pulak kat rumah sewa unit kediaman luar kampus. Dulu rumah sewa tu pihak upsi yang sewa utk student duduk. Tapi sekarang tak lagi, semua dah berpindah ke kampus baru. Rumah aku kat tingkat 1. Dekat ground floor pulak semua lelaki je yang duduk. Masa tu aku tengah leka menggosok baju sebab nak balik Seremban. Tetiba dengar sorang lelaki kat tingkat bawah menyanyi. Kuat. Kuat giler.

Si lelaki : Menyanyi lagu kumpulan ungu kalau tak silap. (Suara memang sedap)

Si perempuan : Senyaplah weh!!!(tak tau orang yang menegur ni dari tingkat berapa)

Si lelaki : Meningkatkan volume suara ke tahap tinggi. (Ternyata sedap)

Aku : Peeewitt, sedapnya suara.(Menjerit di tingkap sengaja mengusik)

Si lelaki : Masih terus menyanyi. Bangga mungkin?

Si perempuan : Tak jumaat ke?? (suara perempuan dari tingkat yang keberapa pula kedengaran)

Si lelaki : Gila kentang, masih terus menyanyi

Roomate : Wah!!! sedapnya, semua orang sila beri tepukan...(Kemudian terdengar ramai kaum hawa yang menepuk tangan dari segenap tingkat)

Si lelaki : Terus terdiam.

Disini  peristiwa itu berlaku.


Aku terus tergelak. Haha, kesian lelaki terbabit. Motif aku hanya nak menyakat je. Roomate aku pulak kata dia memang geram dengan lelaki tersebut kerana malam tersebut, suara lelaki berkenaan menyanyi pada pukul 4 pagi hingga menyebabkan roomate aku terjaga n tak boleh tidur. 

Mungkin inilah cabaran semester ini, berhadapan dengan dengan mereka2 yang memang akan membuat bising tak kira masa. Tetapi mereka ini jugalah yang mungkin kaum hawa akan perlukan bila sang setan2 n sang jin2 yang akan datang menyakat tak kira masa kerana blok yang diduduki tak lagi seperti dulu. Tiada azan. Tiada felo. Tiada perawat. Tiada badan kebajikan. Aku yakin mungkin ada kebaikan apabila si adam duduk di tingkat paling bawah. Mungkin boleh melindungi si hawa yang berada di tingkat atas. Mungkinkah?