tabung ayam

Sunday, 20 January 2013

Kubur Loke Yew

Assalamualaikum

Masa kecik-kecik dulu, aku tinggal kat kem Kementah dalam kawasan Desa Tun Hussein Onn. Kiranya zaman-zaman aku sebelum sekolah menengah lagi. Waktu tu selalu jugak dengar cerita-cerita hantu kat kawasan kem tu, macam-macam versi ada, buaian bergerak sendiri waktu tengah malam la, ada sorang mamat ternampak bebola api waktu dia maen kat taman permainan malam2, walhal sepatutnya dia kena pergi mengaji. Ada pulak yang kena sorok dengan benda halus la. Benda-benda ni semua berlaku lebih kurang tahun 1996-2001 macam tu la kot. Eh, tapi aku bukannya nak cerita pengalaman angker pon sebenarnya.

Seingat aku, kem ni sangat la besar, Blok A, B, C adelah blok yang kawasannya macam tak angker sebab berdekatan dengan gate askar. Tapi kawasan rumah aku pulak blok F, yang kuartesnye kat atas bukit. Sebelah rumah, ada lagi bukit yang ada tangki air, belakang rumah ada lagi bukit. Kalau tidur malam-malam, selalu akan dengar bunyi anjing menyalak-menyalak dari atas bukit yang ada tangki tu dengan bukit yang kat belakang rumah. Anjing-anjing ni macam buat pertandingan menyalak je aku rasa. Siap bersahut-sahut bagai.
dari google map. bulat2 tu buat sendiri
Kat atas bukit belakang rumah aku yang dulu, ada kubur. Kubur Loke Yew. Loke Yew ni antara orang kaya yang ada kat Kuala Lumpur dalam lewat tahun 1800 macam tu kot.  Kiranya family aku memang takkan benarkan kiteorang pergi naik bukit tu semua. Aku pon memula memang tak rasa pon nak pergi tempat tu sebabnya tak bagi kepentingan apa-apa pon. Kekadang, kalau waktu siang, bila aku jengah je kat belakang rumah tu, aku selalu nampak ada orang Cina akan pasang colok tepi bukit tu, cumanya waktu tu otak aku tak dapat nak akseskan apa tujuan dia buat macam tu. Sebabnya, masa kat kem tu, seingat aku takde sorang pon budak Cina sekolah kat situ. Kekadang jugak aku selalu nampak budak-budak sekolah menengah yang memonteng sekolah naik atas tu.

Sampai lah satu hari, aku pon tak ingat dah masa tu darjah berapa, budak-budak blok F tu main-main buat lawatan untuk panjat bukit belakang rumah. So,aku, akak aku ngan adik pompuan aku pon follow la diorang naik bukit tu. Masa tu tak fikir lak rasa takut tengok kubur Cina. Sebabnya dulu, kalau tengok kubur islam je, mesti aku rasa cam takut sebab nampak batu nisan putih-putih segala. Then, tengok kawasan sekeliling, bukan ada kubur-kubur je, tapi macam ada tugu tembaga seorang lelaki, siap boleh kikis-kikis lagi tembaga tu. Then nampak macam satu bangunan yang kat dinding atas dia macam ada lukisan-lukisan orang. Memang aku rasa menarik kot tempat nih. Tapi disebabkan masa tu berfikiran budak-budak, aku tak tau sape Loke Yew ni, yang aku rasakan masa tu, aku macam pergi lawatan bersama kanak-kanak ribena.

Dari fesbuk Nadia



Balik-balik je dari naik bukit belakang rumah masa tu, terus je bapak aku marah-marah. Siap kata nak kerat-kerat kaki kiteorang kalau pergi lagi. Sebabnya tempat tu sedikit keras. Adik aku si Nadia, terus seminggu demam lepas turun dari bukit tu. Tak silap aku, dulu ada budak hilang dalam kem tu, sampai kena cari atas bukit ni, tapi last-last sekali budak ni dipulangkan balik oleh benda tu keesokan harinya kat lif blok rumah dia. Kat belakang rumah tepi bukit ni jugak lah ada budak nampak bebola api. Kat belakang rumah tepi bukit ni jugak lah tempat aku tanam anak kucing aku sambil nangis2 sebab mati tertelan semut besar. Eh,macam takde kena mengena je cerita pasal kucing. 

Bila teringat balik cerita ni, aku rasa teringin nak jejakkan kaki aku kat tempat ni balik. Nak tengok balik kawasan ni dan satu lagi kawasan yang katanya kompleks Loke Yew kat sebelah tangki blok F yang memang ditutupi pokok, Rasa macam nak explore tempat-tempat tu. Sampai masa sem 6 tahun lepas, aku pernah tanya kat sorang lecturer ni untuk projek latihan ilmiah aku, kalau aku tak boleh buat pasal sejarah pengangkutan kat Sungai Ujong, boleh tak aku nak buat pasal tokoh, Loke Yew. Tapi, dia bg cadangan standkan kepada pengangkutan. Makanya tak berpeluang lah aku nak pergi tempat ni balik. Sebabnya kawasan Desa Tun Hussein Onn ni susah nak masuk kalau takde hal yang penting.

Gambar-gambar pasal tempat ni:
sini dan sini

Tuesday, 8 January 2013

Sekolah

Assalamualaikum

Orang dah seminggu bersekolah, aku baru nak update pasal sekolah. Dan baru tadi pukul 1 pagi, aku baru je lepas layan adik aku buat kerja-kerja sekolah dia yang super banyak. Nasib baik dah siap, kalau tak esok tak memasal kena sebat dengan cikgu. Ingatkan dah siap kerja sekolah tu, nak la dia tidur, tapi tak heboh cari roti yang dah berkulat kat dapur. Entah mana aku campakkan roti tu, roti tu bahan eksperimen Sains yang dia kena bawak hari Rabu ni. Tapi seriusly aku tak ingat mana aku letak tadi. Dah  5 hari dia simpan roti tu untuk bagi berkulat. So, esok nampaknya aku kena buat misi mencari roti berkulat yang aku campak entah mana tu. 

Tu satu hal pasal adik darjah lima. Sorang lagi pasal adik yang dah naik form 4. Result PMR dia x cemerlang tapi boleh dibanggakan jugak la. Kiteorang tanya la, tak nak ke apply teknik. Jawapan dia, tak nak sama sekali. Bila aku dah bukakkan laman web sekolah teknik masa dapat result PMR, dengan keras dia jawab. "Aku taknak. Taknak." Mak suruh aku isi je senyap2, tapi malas la bila tuan punya badan kata taknak. So, sekarang ni sekolah kat sekolah lama. Dia ni memang kat luar, sok2 suci gitu, pendiam tahap langit ketujuh. Tapi, dalam rumah, senget terlebih. Ada je benda2 pelik dia buat.

Itu pasal adik-adik. Ni pulak pasal bekas anak2 murid. Hari pertama sekolah je, ramai yang mengadu, tukar-tukar kelas, kelas dah tak sama dengan kawan-kawan, kelas baru bosan. Ada budak baru kerek, semua la diceritakan.




Kesian tu kesian la kan bila diorang mengadu macam2, tapi nak buat macam mana, tu lah kehidupan. Tak semestinya hidup ni nak dengan kawan-kawan je. Ada masa keseorangan jugak. Aku masa form 1, baru pindah, langsung takde kawan. Form 2 baru dapat kawan karib, tapi tak pernah sekelas dari form 3 sampai form 5. Rileks je. Yang penting nak belajar. Eh? belajar ke aku dulu. Mungkin aku tak rasa kot macam diorang rasa bila tak sekelas dengan bestie. Tu yang aku kata okeh je kalau aku kena campak kelas mana2. Apa-apa pon, yang penting tu niat nak blaja tu ada. Kawan-kawan tu, bila2 boleh jumpa, rehat pon boleh jumpa, pergi toilet pon boleh jumpa. Tapi semenjak dah takde PMR ni, sure2 budak2 malas siket nak blajanye, yelah just jawab PBS je kan. Kalau tak capai target, boleh ulang balik. Tu pengalaman aku dengan budak2 yang buat PBS tahun lepas la kan.

Apa-apa pon, kepada semua yang dah bersekolah tu, selamat bersekolah, jangan malas2 buat kerja sekolah :)