tabung ayam

Wednesday, 26 December 2012

sepupu kawen!

Assalamualaikum :)

Hari-hari yang memenatkan dah pun berlalu, serius nak tercabut rasanya kaki tangan semua sebab penat. Sabtu pagi lepas balik kampung, tolong sepupu yang lelaki ni buatkan hantaran dia. Nasib baik lah benda-benda basic untuk buat hantaran tu, dah pun dibuat oeh amoi pekan Kuala Klawang dengan kos yang berpatutan. Cess, ayat skema sekejap. So, kerja family aku, just ubah siket2, buat sireh junjung, yang sememangnya tak junjung dan macam-macam lagi lah. Sepupu aku yang kawen ni anak tunggal, lelaki lak tu, so, semua benda dia tak reti nak buat. Owhh, termengata lak.Masa ni yang ada kat kampung hanyalah mak usu aku yg merupakan penghuni tetap rumah arwah wan aku ngan family aku. Yang laen semuanya akan pergi terus ke majlis persandingan sebelah perempuan masa hari ahad.

Hantaran

Malam tu pulak, kena pergi majlis berinai. Encik ayah tanya, nak ikot tak, komfom2 lah nak kan. Gila apa nak tinggal kat kampung sorang-sorang. Dah lah rumah jauh-jauh, atas bukit rumah wan aku ni ada rumah adik wan, tapi dia da tak tinggal situ sejak dah kawen baru, rumah tu sekarang ni sewa kat orang indonesia. Belakang rumah pulak, rumah adik tok wan, tok cu namanya, dia da meninggal, sekarang ni bini dia dok rumah anak-anak dia. So, kosong jek rumah tu. Kekadang dia balik, kekadang dia tak balik. So, dengan keadaan macam tu, komfom2 la aku memang tak berani jika ditinggalkan utk duduk sorang-sorang. Malam tu, gerak pergi Serting. Dalam perjalanan, hujan selebat-lebat alam, masa kat tengah jalan, jumpa ibab hutan (baca dari belakang perkataan ibab itu). Tengah menyondol2 nak melintas jalan. Wohh, first time aku tengok ibab secara live. Selalu aku dengar orang dok mencarut jek guna nama binatang tuh, akhirnya da 23 tahun aku ada kat muka bumi ni, baru la nampak live. Besar giler, aku tengok pon ngeri. Sebelah aku jek benda tu, cumanya dia kat luar kereta. Aku dalam kereta. Eh, ni cerita orang kawen ke cerita discovery channel, ibab bagai.

Disebabkan hujan yang lebat gila2, makanya lambat la sampai, jadi malam berinai tu pon lambat. Seriously aku tak tau malam berinai tu macam mana. Sebabnya, aku tak pernah nak ambil tahu, yang aku dengar perkataan inai, jadi dalam kepala dok pikir, owh, ni mesti pengantin pompuan duduk atas kerusi, tangan dia diinaikan macam dalam cerita2 hindustan. Nadia lak, adik perempuan aku cakap bukan ke malam berinai tu yang pengantin pompuan tu dok main ambil2 gambar pastu tukar2 baju. Entahlah, sampai sekarang aku tak tau apa tu malam berinai sebabnya aku tengok sepupu aku ni bersanding je malam tu. Lepas settle tu, balik semula ke rumah arwah wan, dalam pukul 12 malam jugak. Balik-balik je melepek semua tidur.

Gambar malam berinai

Hari ahad pulak, sepupu aku yang kawen ni kata nak gerak pergi Serting pukul 11 pagi. Gila awal pulak rasanya. Bapak aku masa tu dok pergi kutip durian gugur pon tak balik-balik lagi. So, dalam pukul 11 setengah gerak dari rumah, sampai sana dalam 12 setengah gitu. Dengan takde orang nak pegang barang hantaran semua, aku ngan mak pon dok sumbat-sumbat dalam bonet kereta barang hantaran yang boleh disumbat. Masa dah sampai tu, kiteorang duduk balai raya yang jaraknya tak sampai 10 meter dari rumah pengantin pompuan. Masa kat situ la baru adik beradik ayah yang lain ramai datang. Sepupu-sepupu ramai, anak-anak sepupu, siap ada bawak anak owner kedai tempat mak sedara bekerja semua.


Dalam gambar ni, 7 daripadanya adalah adik beradik ayah

Disebabkan sampai awal camtu, makanya semua melangak la tak tau nak buat apa, aku ni nak berborak-borak ngan sepupu sendiri pon tak reti. Melainkan dengan anak-anak Mak Andak aku, tapi diorang pon tak datang sebab suami Mak Andak aku tak sehat. So, aku dok je la berborak dengan nadia. Akak aku ngan dua orang adik laki aku pon tak balik. Akak aku keje, dua orang adik laki aku lak jaga rumah kat Seremban. Tunggu punya lah lama sampai dah pukul 2. Letih kot, letih menunggu. Kiranya menunggu sepasang lagi pengantin, adik kepada pengantin pompuan yang entah dari mana, aku pon tak tau.

Nasib baik ada Nadia, kalau tak mau aku mati kebosanan

Maybe, disebabkan dah lama sangat, sebelah pompuan decide suruh sepasang je pengantin bersanding dulu, dah tak payah nak tunggu-tunggu lagi sepasang. Maka akhirnya, penantian bukan lagi satu penyiksaan. Perut yang dah menyanyi2 lagu muse dapat la diisi walaupun separuh jek. Ingatkan penyiksaan menunggu tu dah berenti setakat tu jek, tapi rupanya, kena tunggu lagi sampai pukul 4. Aku ni dah la senang mood marah tu nak datang, jenis yang tak suka benda kena tunggu lama-lama semua. Dengan dah rasa sakit nak datang bulan semua. Tunggu nak ambil barang-barang hantaran, dengan bonet kereta dah tak muat nak isi barang-barang. Nasib baik ada family makngah aku, boleh gak dia bawak separuh barang hantaran.





Akhirnya pengantin yang berbaju hijau datang jugak.

Akhirnya semua selesai. Hope perkahwinan mereka kekal sehingga ke jannah. Amin.












No comments:

Post a Comment