tabung ayam

Wednesday, 26 December 2012

Lawatan ke Melaka yang tak menjadi

Assalamualaikum :)


Hari Isnin  hari tu, sehari lepas pergi kenduri, tangan rasa sakit gila. Macam otot sakit lepas main badminton kalahkan Lin Dan. Okeh aku berangan je. Lawan  badminton dengan si adik pon boleh kalah. Aku tak sure mak aku kejut berapa kali suruh bangun. Suruh siap-siap sebab nak balik Seremban sebab dah lama duduk kampung. Masa bangun tu dok pikir-pikir jugak kenapa tangan leh sakit gila-gila macam tu, rupanya sebab semalamnya, waktu berarak orang kawen, aku dok pegang hantaran bakul buah-buah yang sedia berat. Sampai menggigil-gigil gak la tangan pegang sebab banyak kali berhenti waktu berarak tu. Bila dah pikir pasal tangan, pastu rasa nak muntah pulak. Memang rasa mual gila-gila. Tapi muntahnya tak jugak.

Bila da sampai Seremban pulak, memang makan seketul je ayam. Tu pun rasa ayam tu macam tersekat je kat area esofagus nih. Badan dah macam lembik-lembik. Petang tu pulak, Nadia nak balik Melaka. Sepatutnya minggu studyweek, tapi dia lebih rela berstudy week kat hostel dia daripada dia berstudy memaen kat rumah ni. Memula dia nak balik sendiri je naik bas, pastu dia mintak akak hantarkan dia kat Melaka. Sebabnya dia nak bawak balik durian.

Dalam pukul 3 petang macam tu gerak pergi Melaka dan hantar segala barang Nadia kat Ayer Keroh. Then bercadang nak pergi Banda Hilir. Tapi at the same time,akak aku pon sama macam aku, tak sihat gak. Dia kata malam tu,dia muntah-muntah sampai dah takde benda nak dimuntahkan lagi. Jadi aku ngan dia memang senasib la, perut kosong gila. Duduk dalam kereta, dengan bau durian siket2. Memang layan betul kepala nih. Ondaway pergi Banda Hilir, jalan bapak jem. Kereta banyak. Salah percaturan. Dua kali pusing tak jumpa parking, waktu last berputus asa tu, aku tengok jam da pukul 6.40 petang sumting. Bayangkan dua jam sia-sia dari Air Keroh ke Banda Hilir berpusing-pusing mencari parking. Memang takde rezeki. Dengan badan yang dah sakit-sakit semua. 





Pusingan pertama mencari parking

pusingan kedua mencari parking


Kini aku dah tau, kalo nak pergi berjalan, kena pergi subuh-subuh, kalau tak, memang sesak. Ambil gambar pon dari dalam kereta je. Kemudiannya, ondaway nak balik, lalu Senawang sebab nak makan Char Kuew Teow, tapi tak jumpa lak kedainya. Sekali lagi hampa. Perut gila berkeroncong. Tapi kedai tak jumpa. Sampai-sampai je terus mandi. Buat apa yang patut, capai stokin sebab rasa sejuk gila-gila. Mesej-mesej encik pakwe, terus tertidur sebab gila tak larat. Dengan senggugut yang datang.

Tak sampai sejam, terjaga tengok da pukul 11 lebih macam tu. Rasa badan panas menggila pulak. Rumah pulak setakat ada panadol jek. So, telan je la apa yang patut. Nasib baik sekarang semua da okeh. Cuma yang peliknya, si kakak muntah2 kelmarin, si adik no 5 muntah-muntah semalam. Dan aku, takde la muntah, tapi feel nak muntah tu ada la jugak. Nak kata faktor makanan, adik yang no 5 ngan kakak rasa nak muntah dekat rumah Seremban. Aku lak dari kampung memang da rasa macam tuh, Entah kenapa pulak. Semoga takde benda la yang berlaku.









No comments:

Post a Comment