tabung ayam

Tuesday, 4 December 2012

kanak-kanak Ribena II

Assalamualaikum :)
Cerita satu
Tengah-tengah lipat kain, datang si sepupu. Mulut becok segala. Tanya itu,tanya ini. Bila dia tengok orang tengah lipat kain, dia pon sebok-sebok jugak nak lipat. Senget-senget segala kain yang dilipatnya. 

Mulut takleh nak tutup walaupun dok lipat kain

Cerita dua
Duduk rumah bosan tak tau nak buat apa. Tinggal 2 orang je sepupu kat rumah atok, yang lain da balik rumah masing-masing. Jadi si adik-adik perlu lah melayan dua orang sepupu ni. Aku kalau bab melayan diorang pergi kedai boleh la, tapi kalau dok main badminton sama2 ke, rasa macam "alahh, tak tercabar betul main badminton dengan budak kecik".

Gambar petang tadi
Gambar tadi
Terbukti kebosanan tak tau nak buat apa, tu la kejenya dok maen badminton siang malam. Si adik yang form 3 terpaksa jugak melayan si kanak-kanak ribena

cerita tiga
Sekarang dah ada sepupu baru. Anak ayahcik. Masa bini dia mengandung, dia tanya nak letak nama apa kat anak dia nanti. Dan keluarga aku tanpa segan silu menjawab JALAK. Tak pikir langsung perasaan isteri dia. Haha, sebabnya dulu masa mak aku lahirkan 3 orang anak lelaki, dia akan cakap kat mak aku," letak nama jalak la kat anak kau ni kak". So, sekarang ni, time kiteorang pulak buat macam tu. Boleh? Pastu tengok dia selalu cium-cium anak dia lepas anak dia lahir. Kakak cakap, "Weh, tak payah la ko asyik nak cium jek, rimas la dia", Acik jawab "ahh, biala, anak aku". Gembira gila dapat anak. Masa memula lahir, memang putih melepak, tapi sekarang ni da gelap da sebab selalu dijemur akibat penyakit kuning.

Acik kawen tahun lepas
Hai,nama pendek saya Harraz
Bapak saya gila M.U, jadi saya pon kena sokong M.U
Bertambah seorang lagi cucu haji mail. Bertambah jugak sorang sepupu untuk aku. Itu saje cerita kanak-kanak ribena dari aku.

                                               

                                                 


      











1 comment:

  1. Ijin Berkunjung gan, ditunggu Kunjungan baliknya
    My website: Jersey Bola

    ReplyDelete