tabung ayam

Wednesday, 19 December 2012

Aktiviti seharian di kampung

Assalamualaikum :)

Minggu lepas balik kampung sebelah ayah. Tapi wan dengan tok wan aku dah takde da. Tok wan aku meninggal sebelum aku lahir lagi, wan aku lak meninggal beberapa tahun lepas. So, kat kampung tu just ada mak sedara aku jek. Lemah gila nak balik, sebabnya xde line telefon kat kawasan tu, ntah apa lagi line internet. Sometimes, Selalunya air pili pon kecik gila, sampai nak basuh pinggan pon bapak payah.

Tapi disebabkan ada kenduri doa selamat sebelum sepupu bernikah. Makanya semua yang ada kat rumah wajib balik. Tapi aku percaya semua adik beradik aku ni jenis liat nak balik kampung jugak, bukan aku sorang jek. Sampaikan malam2, kalau kat kampung, waktu nak tidur semua berebut nak tidur kat bahagian yang macam secure lebih kurang, yang berpotensi tak nampak dapur belakang. Takot hantu la tu masing-masing. Ahakzz. Choi jek. Padahal takde pape pon

Mula-mula sampai pagi jumaat tu, memang la rajen-rejen siket tolong apa yang patut. Tapi bila petang tu memang buat muka tak malu la pergi tidur sorang-sorang dalam bilik. Kat sini bukan nak cerita pasal kenduri doa selamat ke apa, tapi saje je nak tepek2 gambar dari kampung. Haha


Takde motif. Tp, terpikir sapa la yg bakal basuh periuk ni

Bukan cari ulat daun, tapi duduk memetik limau kasturi

Pergi rumah mak sedara kat kampung sebelah, cucu2 dia tengah gigih dok memancing ikan

Tekun.

Dapat jugaklah ikan seketul

Nampak macam seronok je kan hidup kat kampung, keadaan tenang, suasana nampak hijau je, depan belakang rumah ada pokok rambutan, durian, limau bali. Pernah dulu ayah kata nak buat rumah kat kampung dan duduk kat kampung. Tapi semua macam tak setuju jek. Lagi suka hidup kat Seremban ni walaupon rumah kecik cinonet. Aku rasa kalau dok kampung, memang otak aku tak berkembang la. Maybe keje dok kutip siput kat sungai or berkawan dengan "penghuni" sungai je la kot.



No comments:

Post a Comment