tabung ayam

Sunday, 11 November 2012

Testimoni Dermatix

Hai3. Assalamualaikum

Dulu-dulu aku pernah blogging pasal bio oil dan cocoa butter kat blog ni. Okeh, semenjak 2 bulan yang lepas. Aku ada beli satu lagi produk untuk hilangkan parut. Produk ni dibeli secara tak sengaja kat farmasi. Habis melayang RM60 hengget aku.

Semenjak dua bulan yang lepas, aku hanya guna dermatix ni hanya sekali sehari. Sebabnya aku memang tidak berdisiplin. Aku ni kadang-kadang tak pikir sangat hal2 kecantikan ni, Tapi disebabkan semakin banyak jerawat yang tumbuh kat muka, semakin banyak parut jerawat. Tu belum lagi parut jerawat yang dah bertahun tak hilang. So, sebelum pergi sekolah, aku memang akan urut-urutkan dermatix ni kat parut-parut muka. Then terus pergi sekolah tanpa menggunakan bedak mahupun makeup. Jadi untuk taknak nampak macam pemalas sangat, aku letak jugalah aku punya lipstik siket2 kat bibir.

Beli yang 15g tu, tapi dapat percuma yang kecik
Okeh berbalik kepada dermatix ni, kadang-kadang aku tak guna juga dalam tempoh sehari dua sebab malas. Tapi semenjak dua tiga hari ni rasa rajen je nak letak kat parut-parut yang ada kat muka. Dan semakin hari aku rasa parut tu semakin pudar. Tapi parut tu tak  hilang pon lagi. Sebab parut ni da lama kan. Kena tunggu sebulan dua lagi ni. Macam bagus jugak la benda ni, tapi kena sangat-sangat disiplin. Nak tepek gambar muka kat sini rasa segan la pulak sebab jerawat semakin aktif naik ke muka.

Cumanya, rasa penat lah, setiap kali jerawat tumbuh, lepas dia surut,pasti akan tinggalkan kesan parut hitam.  Bila tinggalkan parut hitam, perlulah guna dermatix.Arghh, geram lah. Cammane la taknak bagi jerawat nih tumbuh melata??

6 comments:

  1. brape lme bleh tahan 15g tu???

    ReplyDelete
  2. bukn parut jerawat ngan chiken pok xleh guna dermmatix,,ade arahan kat botol 2..

    ReplyDelete
  3. Parut kena ekzos boleh hilang x??

    ReplyDelete
  4. letak kat jeragat boleh hilang x?

    ReplyDelete
  5. g klinik dr ko beli pil unggu 90rgt dua buln makan muka congirm xad jerawat licin.. sebiji 6rgt

    ReplyDelete