tabung ayam

Friday, 16 November 2012

Surat seram untuk cik puan

Hai3. Assalamualaikum :)
Ini ada satu lagi contest yang menarik untuk semua. Contest ni nampak best, Sila lah semua kita join contest dibawah


Sila klik ye kawan2, contest ni best.
Kehadapan Cik Puan Kikin yang berada di laman sesawang. Apa khabar cik puan disana, saya harapkan cik puan sihat dan murah rezeki disana... Memandangkan saya tengah cuti semester dan tak sanggup untuk menanam anggur, jadi saya nak kongsikan pengalaman angker hidup saya yang berlaku dalam 5-6 tahun yang lalu dan memang saya takkan lupa . Ceritanya bermula begini, okeh sila tutup lampu untuk pastikan suasana seram itu timbul sebabnya cerita ini sangatlah ringkas. Pada satu malam, saya tengok tv kat ruang tamu, waktu tu semua ahli keluarga yang lain dah tidur dah pon, rumah saya ni terletak di kawasan perumahan kat seremban, tengok punya tengok, saya pon terlelap, memang tak sedar langsung. Lepas tu, dalam pukul 3 pagi macam tu, saya terdengar grill depan rumah saya seperti cuba dibuka orang. Saya apa lagi memang terus tersedar sebab terkejut. Saya fikirkan mungkin ada orang yang cuba nak menceroboh masuk rumah.

Lepas tu saya tak berfikir panjang, saya tak terfikir pon nak kejutkan family saya atau berbuat apa-apa. Saya terus lari masuk dibilik belakang yang terletak di dapur. Dalam bilik tu, adik perempuan saya tengah tidur lena tak ingat dunia. Dan sekali lagi saya tak terfikir pon untuk kejutkan dia. Saya terus duduk dekat tepi pintu bilik untuk melihat sekiranya berlaku apa-apa. Tunggu punya tunggu, sekali..jeng.jeng.jeng........ apa yg saya ingat masa tu, satu lembaga berlalu sekali imbas dari dapur ke ruang tamu, berwarna putih, berambut hitam yang membelakangi saya. Dia lalu smooth giler. nasib baik membelakangi, kalau saya nampak muka dia, mau pengsan kot kat situ. Memang rambut dia panjang giler, macam cik ponti jek.. Menggigil gila masa tu, dah tak fikir dah pasal bunyi grill kat luar rumah tu, yang rasa cuma takut gila. Terus pergi sebelah adik, menggigil2 sambil tekup muka n baca doa apa yang patut sampai lah subuh. Masa tu saya rasa macam keras gila, tak berani nak angkat muka sikit pon.

Lebih kurang macam ni la, cumanya membelakangi n  rambut dia sangat2 panjang
(gambar diambil dari google)


Esoknya, terus cerita kat mak yang ternampak 'benda' tu lalu dari dapur ke ruang tamu, mak cuba sedapkan hati kata entah2 mak yang kuar dari dapur baru lepas minum air, mustahil la pulak rambut mak panjang berjela2 padahal rambut mak pendek. Hehe, mak saja nak sedapkan hati padahal mak lagi lah selalu kena ganggu waktu dia tidur, ada benda tinggi kat sebelah katil dia berdiri n nak cekik mak la, nampak lelaki kepala botak tengah2 malam dalam bilik. scary kot.. Terfikir jugak, adekah rumah aku ni berpenunggu??

Itu saje cerita seram dari saya untuk Cik Puan Kikin, diharapkan Cik Puan Kikin akan memberi markah yang penuh untuk karangan SPM saya ini. Cerita ini adalah benar dan tidak ditokok tambah dan didarab bahagi. Sekian :)





2 comments:

  1. ok..scary...rase mcm nak tulis surat kat awak pulak..pengalaman membaca surat seram...hehehe.....ok good luck...

    ReplyDelete