tabung ayam

Friday, 16 November 2012

Ragam Pelajar-Troll cikgu

Hai3. Assalamualaikum.
Teringat aku satu kisah, masa tu waktu praktikal. Pada satu hari, aku kena observe dengan lecturer aku. Bayangkan lah kan, mesti hati berdebar-debar gila nak mengajar dengan adanya lecturer kat belakang kelas. Tapi takpe. Rileks farhana, rileks. Masa tu, memang aku berpura-pura cool jek. 

Okeh, masuk2 kelas je, terus nak start mengajar subjek sejarah. Aku tak bagi tau student aku sebelum ni yang lecturer aku nak datang dan mintak diorang behave siket perangai diorang untuk kali itu sahaja. So, student pon terpinga2 la kan bila tengok ada orang asing dalam kelas. Ingatkan diorang akan kawal la siket perangai tu, tapi tak, diorang buat2 yang lecturer tu macam tak wujud. Nasib baik la diorang bagi salam semua kat lecturer aku.

Then masa tengah mengajar tetibe entah macam mana, aku tanya student2 aku, ingat lagi tak contoh-contoh pembesar di peringkat negeri.. Masa tu semua senyap jek. Bila diorang tak respon, maknanya macam pembelajaran tak berkesan lah kan. Lepas tuh tetibe ada sorang jawab. Fuhh, lega gila masa tu, ada gak respon dari student,


Mula2 sorang student2 ni jawab...



So, aku pon kata, lagi? Then baru la dua tiga orang yang lain merespon




Start je salah seorang sebut Bendahari,...Yang lain2 lepas tu bagi jawapan yang aku tak jangka


Owhhhhh damn, time tu, aku memang tak tahan nak gelak, dan memang aku da tergelak dah pun, then memandang lecturer yg sedang senyum kearah aku..Budak2 ni saja je nak troll aku yep.. Aku nak jawapan Laksamana, Bendahara, Temenggung, Syahbandar. Bukan nak mintak carta organisasi persatuan ke apa. Diorang sesaje je amik peluang ni nak main-main. Muka siap tak bersalah lagi tu dan gelak2 lagi. Bila aku cakap "dah,dah..serius,serius", baru diorang berenti ketawa. Hehe, lagi pon selalunya kalau lecturer aku takde, aku memang akan layan kerenah gila2 diorang, tapi waktu lecturer ada, Apekah??

Lalala, kalau praktikum aku tak dapat A nanti, aku sekeh budak2 ni sorang2. Boleh??
 Padan muka aku troll facekan muka korang, Ahakzz..



No comments:

Post a Comment