tabung ayam

Tuesday, 13 November 2012

Pop Corn buatan sendiri

Hai3. Assalamualaikum. Dalam seminggu yang lepas, adik aku yang last, asyik memekak je mintak mak aku masakkan popcorn. Dia heboh-heboh gila suruh kiteorang supaya carikkan jagung kering untuk dibuat popcorn. Siap dia salin lagi resepi untuk buat popcorn kat internet.
Hai, nama saya hakim. Saya tak suka jadi anak last sbb selalu jadi mangsa buli
Puas jugak cari jagung kering ni, tapi tak jumpa, sampai la semalam pergi giant semata-mata nak cari benda alah tu supaya mulut si hakim ni boleh tutup dari bercakap lagi tentang jagung kering dan popcorn.

Usaha keras si hakim menulis resepi. Ada kau paham tulisannya? Oren pulak tu. Haha

Malam semalam, terus buat popcorn, bahan2 dia mudah je. Benda yang paling penting adalah jagung tu, mentega dengan gula. Gula tu digunakan untuk gantikan madu yang sememangnya tak pernah wujud kat rumah kiteorang. Mak tak berapa ikut sangat resepi yang disalin oleh si Hakim ni, tapi mak ikut resepi sorang apek ni yang anaknya selalu sangat buat popcorn.

Hai semua, sila cari saya di Giant berhampiran rumah anda

Mak cuba nak guna pemanggang ikan

Just masukkan jagung dalam pemanggang ni dan jagung tu  akan masak. Api takyah besar sangat

Lepas tu, guna kuali lain untuk panskan mentega then tuang jagung tadi dan taburkan gula secukup rasa jugak

Okeh,siap dihidangkan dan boleh dimakan

Senang kan? Boleh la kamu, kamu, kamu semua mencuba di rumah


No comments:

Post a Comment