tabung ayam

Tuesday, 6 November 2012

novel dikala kebosanan

Hai3. Assalamualaikum,
Lepas je habis jadi cikgu praktikal Oktober lepas,  da dua minggu duduk rumah tanpa sebarang kerja. Bercuti selama 4 bulan sebelum masuk belajar balik pada bulan Februari 2013. Bila da takde benda nak buat, mula la berangan macam nak buat perniagaan dadih kecil-kecilan lah, nak pergi jual tudung rumah ke rumah la, macam2 lagi lah.

Jadi disebabkan memang dah tak tau nak buat apa, aku pon memulakan aktiviti membaca novel. Konon-kononnya saving gila la kan taknak beli novel. Rasa macam membazir je. Terus2 lah pergi kat novel online penulisan2u. Tercari-cari gak ada tak benda best yang boleh dibaca. Sampai la terbaca novel online yang bertajuk Dan Hati Pun Berkata dari Nurriez. Mula2 baca, rasa biasa je, tapi sedar  tak sedar, dah baca sampai 21 bab. Lepas tuh tengok rupa-rupanya novel tu da diterbitkan dan perlu dibeli.. Argghh, tension je kan. Okeh, terus terang bahawa karya penulis ni biasa je, cuma maybe da terpikat dengan watak abg  rashdan hero dalam novel ni kot. ahakzzz. Tapi disebabkan aku dah baca separuh aku rasa memang aku perlu khatamkan juga buku tu sampai habis, kalau tak mesti rasa tak tenang okehh!! So, tanpa melengahkan masa lagi, bila keluar singgah la kat Popular Terminal 1. Mengagau jugak la cari tajuk buku ni. Hehe, tapi jumpa jugak akhirnya. Gembira2.

Dan hati pun berkata perlu baca buku ini sampai habis jugak

Lepas je beli sebijik buku tu dari Popular, malam tu pon terus baca dan akhirnya khatam juga. Baru rasa puas hati. Tapi, hari-hari berikutnya, hidup kembali menjadi bosan. Jadi, selang sehari, aku pergi lagi Popular dan memulakan misi mencari novel. Belek punya belek, terus encik pakwe pergi bayar kat cashier buku Gaduh-Gaduh Sayang dari Immaz Huda. Cerita dia boleh tahan la jugak, rasa puas hati. Malam tu beli, malam tu jugak aku baca dan malam tu jugak aku memang tak tidur bagi memastikan buku tu habis dibaca. Bila da habis baca, baru rasa ada kepuasan yang nyata untuk tidur. Haha.

Novel ni best siket kot

Aku ni bukan kaki novel sangat, tapi bila dah start membaca memang susah nak berhenti. Ingat lagi bila baca novel 302 dari Ramli Awang Mursyid, masa baca tu lebih kurang dalam tengah hari,baca punya baca sampai tertidur, siap mimpi lagi watak dalam novel tu sampai rasa kepala sakit. Bangun2 je, terus sambung baca. Sekarang ni duduk ulang-ulang baca novel lama je. Bila ulang novel lama, bagi aku novel Baju Melayu Hijau Serindit best, rasa best je baca, macam ada kelainan je  kat novel dia.

Novel ni memang best!!

Eh, banyak lagi sebenarnya novel yang best, cuma suka novel Baju Melayu Hijau Serindit ni sebab dia punya jalan cerita tak berat sangat kot, tu yang syokkk je baca.

No comments:

Post a Comment