tabung ayam

Thursday, 22 November 2012

Cuti semester yg membosankan. Kerja?

Assalamualaikum.
Hai3 :)

Mesti orang pelikkan kenapa aku cakap aku tgh cuti semester sekarang ni, padahal student2 UPSI yang lain tak cuti pon. Sebabnye aku dah semester 7 dan praktikum aku diawalkan masa bulan 6 hari tu. So, tamat praktikum masa 19 Oktober hari tu. Sekarang ni dah nak kat sebulan duduk rumah. Cuba untuk mengumpul lemak, tetapi seperti tidak berjaya jek. So, aku tak tau nak buat apa untuk cuti 4 bulan nih sementara nak tunggu naek sem bulan 2 tahun depan. Padahal aku sepatutnya berusaha gigih untuk buat latihan ilmiah supaya naek semester 8 nanti aku boleh dok ketawa2 dan bergoyang kaki serta tidak ditumbuhi jerawat stress dengan banyaknya. 

So, bila cuti ni, jam biologi memang gila2 berubah, dah jadi Kluang Man jek sebab tetiap malam mengintip budak2 lepak dan berpoye2 depan umah waktu cuti2 sekolah ni. Bukan sesaja nak mengintip, sebab dua minggu lepas minyak kereta ayah kena curi ngan budak2  yang tak sekolah, sabtu yg lepas lak, ada kes bakar motor kat kawasan rumah sebab bergaduh. Jadi, tidur pukul 7 pagi dan akan terjaga pukul 2 setengah petang. Eh, mak bapak aku tak marah ke? Jawapannya, memang takkan marah sebab dah tak larat nak marah. Ak rasa dah hampir dua minggu jugaklah tetiap malam sampai ke pagi, aku akan blogwalking blog orang2 yang letak link dalam kumpulan2 blogger yang ada kat fb aku ni. Rasa cam tak pernah jemu lagi setakat ni berblogwalking. Haha.

Gambar depan rumah sewaktu hening2 senja.
Semalam pukul 3 lebih, 3 4 bijik motor yg dinaiki bdk laki dok mengejar anjing2 yang  ada.
Ko dah takde kerja ke dik oiiii......
Bila dah tak buat apa2 ni, aku rasa macam nak cari kerja la pulak, tapi bila pikir2 balik, pengalaman kerja yang lepas2 tu macam menyakitkan hati jek. Pernah masa lepas SPM, kerja jap jadi part time cashier selama 3 bulan kat Jusco Seremban 2. Bertahan 3 bulan jek, Berenti sebab bosan gak selalu kena maki ngan customer. Lepas STPM lak, kerja lagi jadi Cashier kat The Store pulak. Bertahan 6 bulan, rasa cam arhh, powernya ko farhana, boleh gak bertahan. Tapi macam biasa, selalu gak kena maki. Sebab utamanya, bila scan harga barang, harga barang jadi lagi mahal dari yg tertera. So, customer bising2 memang tak ingat dunia. Memang komfom2 itu bukan salah customer. Tapi bukan salah aku kot, salah beberapa manusia sales assistant yang memang tak reti nak turunkan harga barang kalau ada promotion. Mangkukkkkkkk betul.

Kerja The Store (2009)

Lepas masuk upsi, ada hari tu semester break 4 bulan. Kerja lagi jadi cashier. Tapi ni kat pasaraya laen lak, namanya Family Store. Owh, yg ni best, tapi berhadapan lagi ngan customer2 yg agak menguji kesabaran. Teringat aku satu mangkuk yang tak reti nak hormat agama orang laen. Da la beli arak, pastu nak bayar kat aku, then bila kata mintak tolong masukkan arak tu dalam plastik, boleh ditempik2nya aku. Eh, agak gamp**g lak rasanya. Siap jumpa manager lagi, manager tu pon memang bukan islam, tapi manager tu tak marah la aku, sebabnya dia kena gak jaga perasaan pekerja dia yg beragama islam. Satu lagi, kes sorang budak beli limau ape ntah, umo lebih kurang 16 tahun gitu, then bapak dia datang balik nak mintak duit sebab anak dia salah beli limau. Bila mintak balik resit, dia tuduh aku tak bagi resit masa memula anak dia beli. Tapi last2 mengaku kata resit dah hilang. So, macam mane aku nak buat error receipt untuk pastikan yg aku dah pulangkan duit kat dia kalau dia tak bg resit. Lagi sekali, kena maki, dia jerit2 dalam pasaraya tu, bila supervisor explain semua pon dia tetap taknak dengar. Alih2, bagi jugak duit kat dia tanpa dapat resit tu balik.

Kerja family store (2011)

Lagi satu halnye, yang aku perasan, masa kerja kat pasaraya yang terakhir ni, orang2 yang bayar kat aku ngan kawan2, kebanyakannya pandang rendah. Pernah kena sound setepek. 'Dik, ko taknak cari kerja lain ke dik, setakat kerja pasaraya ni berapa sen sangat ko dapat dik'. Ada gak customer yang kerek2 blagak tak ingat dunia speaking tunggang terbalik macam kiteorang tak paham apa yang dia cakap. Eh, macam2 lagi la perangainya.
Pakcik2..Makcik2. Even kiteorang kerja pasaraya pon, kiteorang rajen membaca.


So, sekarang ni, rasa serik la pulak nak kerja2 kat pasaraya semua ni. Nak try2 kerja kilang ni, mak ayah macam tak bagi je sebab jauh. Tapi bila pikir2 balik, income takde la pulak, dok melepek kat bilik ni je memang tak mendatangkan hasil.

Hye readers, namo den farhana :)

7 comments:

  1. kiranya nie dah ada pengalaman kerja..cer cari pengalaman kerja kat pejabat swasta/gov..mesti lagi best..sbb diri dah rasa macam besar sangat...hehe..eh

    ReplyDelete
  2. Teringin gak nak cuba kerja2 pejabat macam tu, tapi masa singkat sangat, takot xde yg nak ambik :)

    ReplyDelete
  3. singgah baca entri., jemput singgah ke blog juga
    http://leyacasandra.blogspot.com/2012/11/lagenda-budak-setan-2-katerina.html

    ReplyDelete
  4. nk keja jgk la klu cm2. .hehe :P
    follow2 cnie. . :)

    ReplyDelete
  5. kerja cashier atau kerja2 melibatkan costumer memang tension.. cuba kerja kerani pulak.. ok jugak kerani nie. :) try lah.. hehe. Dapat gak side income sikit.. tak pun jual jela aiskrim 20sen. haha..

    ReplyDelete
  6. hehehe, tgh try, xde la nak kne marah2 dgn customer lagi ye x..

    ReplyDelete
  7. nak kurangkan tension, kerja sendiri, kepala tak pusing.. la ni byk benda blh buat kat internet. cuba tengok kat http://bit.ly/kerja-sambilan-makan-gaji, kisah usahawan makan gaji yg dah 10 thn buat bisnes kat internet dan mampu jana 4-5angka sebulan.. tak rugi timba ilmu kan??

    ReplyDelete