tabung ayam

Thursday, 29 November 2012

Kanak-kanak Ribena

Assalamualaikum
Hai ;)


Hari ni melayan si budak2 kecik main badminton di luar rumah. Sebabnya, diorang tak puas nak main badminton dalam rumah, asyik langgar sana langgar sini. So, nak taknak kena lah tengok2kan diorang bermain2 di luar rumah.



Si kakak


Si kakak no 2
Siap dengan handbag bagai
Ultraman mulut muncung

Si sepupu

Menunggu giliran nak pegang raket
Komfom esok nenek beli shuttlecock baru

Dan sekarang ni,susah gila nak pegang lappy sendiri sebab si kanak-kanak ribena ni asyik guna untuk tgk yotube.. Haiiiihhhh.

Wednesday, 28 November 2012

Harimau Malaya

Assalamualaikum
Hai :)

Cerita pasal bola, kesian lak aku tengok Malaysia kalah dengan Singapore. Memang hari2 keluar berita kat surat khabar pasal bola je la.




























Sekarang ni duduk rumah nenek, nenek memang akan beli 3 surat khabar sekaligus -Metro, Sinar degan Kosmo. Gambar2 ni dari 3 surat khabar ni untuk semalam ngan hari ni punya. Kesian pulak dengan Rajagopal ni, memang masak je dia kena. Kesian gak ngan pemain2, tapi maen memang agak mengecewakan. Dok mengharapkan Kunalan lari laju2 kejar bola then bila dia pass bola kat pemaen laen, pemaen laen cam ntah apa2 je main bila dapat bola. Kesian jugak kat ko Apek. Haha.

Tapi paling kesian kat penyokong yang duduk bersorak2 kat stadium. Mesti diorang kecewa habis, sebab sedangkan aku yang duduk melangak kat tv ni pon rasa kecewa jek..Apa2 pon esok Malaysia Vs Laos kan. Harap dapat buat yang terbaik ye skuad kebangsaan

Sunday, 25 November 2012

ayat motivasi

Assalamualaikum
Hai3 :)


Kata-kata motivasi untuk diri sendiri
Mungkin sukar untuk kita melakukan sesuatu perkara terutamanya jika perkara itu sendiri kita sendiri tidak pasti berjaya atau tak kita lakukan. Aku pon selalu je dalam keadaan macam ni. Tapi percayalah, untuk melakukan sesuatu perkara tu, keazaman mesti selalu ada. Dan seribu batu perjalanan itu bermula dengan satu langkah pertama. Percayalah :)

Saturday, 24 November 2012

Dapat durian

Assalamualaikum
Hai :)

Terjaga dari tidur pkul 2 setengah petang tadi. Sebabnya tidur pukul  6 pagi tadi. Lepas 10 minit terjaga dapat msj dari encik pakwe yang tanya nak durian tak. Ape lagi semangat lah jawab NAKKK!!. Teringin gila nak makan durian sebab macam da lama je tak makan buah tu. Durian tu encik pakwe ambil dari kampungnya, sanggup pagi2 tadi dia balik kampung atoknya dan pulang sebentar tadi.

Dalam sejam lepas bangun tidur tadi, dia suruh tunggu depan rumah sebab nak bagi durian. So, aku apa lagi keluar la dengan keadaan yang tak mandi ngan seluar tidurnya lagi sambil tersengih2 macam kerang yang tak berapa nak busuk. Dia pon takleh nak buat apa, menggeleng je la. Lepas dia tolong bawakkan durian masuk rumah semua. Borak2 sekejap dalam lima minit kat luar rumah. Tetiba dia cakap, macam shukur adan x? Sebabnya dia pakai baju Harimau Malaya. Dan jawapan aku, memang tak lah kan awak tu nak macam Shukur adan segala.

Durian kampung mari

Ni da makan dua bijik da durian ni, rasa best giler2. Memang la kena cakap best kan, orang da penat2 pergi kutip durian semua, dengan kena turun naik bukit semua bawak kereta sorong segala takkan la ko nak cakap tak sedap kan farhana oii. Eh, tapi memang serius sedap, kuning giler isinya.

Thanks ye mok, kenyang den makan durian

Thursday, 22 November 2012

Cuti semester yg membosankan. Kerja?

Assalamualaikum.
Hai3 :)

Mesti orang pelikkan kenapa aku cakap aku tgh cuti semester sekarang ni, padahal student2 UPSI yang lain tak cuti pon. Sebabnye aku dah semester 7 dan praktikum aku diawalkan masa bulan 6 hari tu. So, tamat praktikum masa 19 Oktober hari tu. Sekarang ni dah nak kat sebulan duduk rumah. Cuba untuk mengumpul lemak, tetapi seperti tidak berjaya jek. So, aku tak tau nak buat apa untuk cuti 4 bulan nih sementara nak tunggu naek sem bulan 2 tahun depan. Padahal aku sepatutnya berusaha gigih untuk buat latihan ilmiah supaya naek semester 8 nanti aku boleh dok ketawa2 dan bergoyang kaki serta tidak ditumbuhi jerawat stress dengan banyaknya. 

So, bila cuti ni, jam biologi memang gila2 berubah, dah jadi Kluang Man jek sebab tetiap malam mengintip budak2 lepak dan berpoye2 depan umah waktu cuti2 sekolah ni. Bukan sesaja nak mengintip, sebab dua minggu lepas minyak kereta ayah kena curi ngan budak2  yang tak sekolah, sabtu yg lepas lak, ada kes bakar motor kat kawasan rumah sebab bergaduh. Jadi, tidur pukul 7 pagi dan akan terjaga pukul 2 setengah petang. Eh, mak bapak aku tak marah ke? Jawapannya, memang takkan marah sebab dah tak larat nak marah. Ak rasa dah hampir dua minggu jugaklah tetiap malam sampai ke pagi, aku akan blogwalking blog orang2 yang letak link dalam kumpulan2 blogger yang ada kat fb aku ni. Rasa cam tak pernah jemu lagi setakat ni berblogwalking. Haha.

Gambar depan rumah sewaktu hening2 senja.
Semalam pukul 3 lebih, 3 4 bijik motor yg dinaiki bdk laki dok mengejar anjing2 yang  ada.
Ko dah takde kerja ke dik oiiii......
Bila dah tak buat apa2 ni, aku rasa macam nak cari kerja la pulak, tapi bila pikir2 balik, pengalaman kerja yang lepas2 tu macam menyakitkan hati jek. Pernah masa lepas SPM, kerja jap jadi part time cashier selama 3 bulan kat Jusco Seremban 2. Bertahan 3 bulan jek, Berenti sebab bosan gak selalu kena maki ngan customer. Lepas STPM lak, kerja lagi jadi Cashier kat The Store pulak. Bertahan 6 bulan, rasa cam arhh, powernya ko farhana, boleh gak bertahan. Tapi macam biasa, selalu gak kena maki. Sebab utamanya, bila scan harga barang, harga barang jadi lagi mahal dari yg tertera. So, customer bising2 memang tak ingat dunia. Memang komfom2 itu bukan salah customer. Tapi bukan salah aku kot, salah beberapa manusia sales assistant yang memang tak reti nak turunkan harga barang kalau ada promotion. Mangkukkkkkkk betul.

Kerja The Store (2009)

Lepas masuk upsi, ada hari tu semester break 4 bulan. Kerja lagi jadi cashier. Tapi ni kat pasaraya laen lak, namanya Family Store. Owh, yg ni best, tapi berhadapan lagi ngan customer2 yg agak menguji kesabaran. Teringat aku satu mangkuk yang tak reti nak hormat agama orang laen. Da la beli arak, pastu nak bayar kat aku, then bila kata mintak tolong masukkan arak tu dalam plastik, boleh ditempik2nya aku. Eh, agak gamp**g lak rasanya. Siap jumpa manager lagi, manager tu pon memang bukan islam, tapi manager tu tak marah la aku, sebabnya dia kena gak jaga perasaan pekerja dia yg beragama islam. Satu lagi, kes sorang budak beli limau ape ntah, umo lebih kurang 16 tahun gitu, then bapak dia datang balik nak mintak duit sebab anak dia salah beli limau. Bila mintak balik resit, dia tuduh aku tak bagi resit masa memula anak dia beli. Tapi last2 mengaku kata resit dah hilang. So, macam mane aku nak buat error receipt untuk pastikan yg aku dah pulangkan duit kat dia kalau dia tak bg resit. Lagi sekali, kena maki, dia jerit2 dalam pasaraya tu, bila supervisor explain semua pon dia tetap taknak dengar. Alih2, bagi jugak duit kat dia tanpa dapat resit tu balik.

Kerja family store (2011)

Lagi satu halnye, yang aku perasan, masa kerja kat pasaraya yang terakhir ni, orang2 yang bayar kat aku ngan kawan2, kebanyakannya pandang rendah. Pernah kena sound setepek. 'Dik, ko taknak cari kerja lain ke dik, setakat kerja pasaraya ni berapa sen sangat ko dapat dik'. Ada gak customer yang kerek2 blagak tak ingat dunia speaking tunggang terbalik macam kiteorang tak paham apa yang dia cakap. Eh, macam2 lagi la perangainya.
Pakcik2..Makcik2. Even kiteorang kerja pasaraya pon, kiteorang rajen membaca.


So, sekarang ni, rasa serik la pulak nak kerja2 kat pasaraya semua ni. Nak try2 kerja kilang ni, mak ayah macam tak bagi je sebab jauh. Tapi bila pikir2 balik, income takde la pulak, dok melepek kat bilik ni je memang tak mendatangkan hasil.

Hye readers, namo den farhana :)

Wednesday, 21 November 2012

Awak Jeles?

Assalamualaikum, Hye3 :)

Jom baca ayat kat bawah ni dulu


Gambar diambil dari imej google

Haha, bagi kaum perempuan, pernah tak korang rasa macam ni? Sejujurnya aku ada gak macam ni. Memang kena betul kat batang hidung sendiri. Tapi biasa lah, nama pon perempuan. Kalau girl lain aku tak tau la pulak macam mane kan. Padahal kekadang benda2 macam ni memang tak patut jeles pon kan, tapi saje nak diperbesarkan oleh pihak perempuan. Kekadang pihak lelaki tu tak salah pon. Tu, kalau orang laki boleh tahan takpe lagi, kalau tak boleh tahan, bye2 je la jawabnya. Pesanan untuk diri sendiri, kurangkan jeles terhadap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Eh? tahap kejelesan aku tak tinggi sangat kot.

Tuesday, 20 November 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

Assalamualaikum. Hye2 semua.

Join lagi satu segmen.. Mana la tau kan, kalau bertuah dapat lak topup RM 10. Okeh, jom kawan2 yang lain, kita join segmen dibawah yep.

Klik.Klik.Klik
Due Date: 13.11.12-26.11.12...
So, jomlah kita memeriahkan majlis diblog Emas Putih.

Segmen : Bloglist 2013 By Arisa Nazifa

Assalamualaikum.
Hai3..

Merujuk perkara diatas (ceh, macam nak tulis surat la pulak). Marilah kita sama2 join satu segmen yang dibuat oleh adik Arisa Nazifa. Ada hadiah menarik yg bakal menanti peserta terutamanya blog kita akan dibloglist kan olehnye.

Sila klik klik dan klik ye kawan2

Boleh tak saya nak tag Nadia n Puan Khairul Bariah

Monday, 19 November 2012

Petua Kecantikan orang cina dulu2

Assalamulaikum...
Hai3...

Teringat dulu2 zaman persekolahan masa belajar sejarah waktu Form 6. Cikgu masa tu terangkan pasal sejarah China. Best kot bila belajar pasal China. Even kat u pon, bila belajar pasal Sejarah Asia Timur (Jepun/China)  rasa bersemangat giler jek.. Okeh berbalik kepada tajuk diatas, wanita2 China dulu dulu ada satu tradisi iaitu membebat kaki. Cara diorang bebat kaki ni dengan menggunakan kasut yang kecil untuk kehidupan seharian diorang. Even diorang dah meningkat dewasa,diorang still akan menggunakan kasut yang bersaiz kecil untuk dipakai. Dikatakan kalau wanita tu pakai kasut yang bersaiz kecil, makanya diorang adalah orang yang cantik. Bila pakai macam tu, kesannya tak lain tak bukan akan buat tapak kaki diorang bengkok. Bile bengkok, cantik ke??

Membebat kaki.. Selera tak korang tengok
(Gambar diambil dari encik google)
Okeh, part mana yang cantik tu kan, lagi rosak kaki tu adalah kan. Tapi sebenarnya diorang buat macam tu sebab bila kaki diorang kecik, bila berjalan pon, langkah jadi kecik dan cantik. Dikatakan apabila buat macam ni, secara atomatiknya cara berjalan mereka seperti alunan pokok Willow yang melambai2 ditiup angin.




Ini pokok Willow
(Gambar dari encik google jugak)

So, secara kesimpulannya, wanita2 yang membebat kakinya itu akan berjalan langkah kecil dan beralun seperti Pokok Willow. Liuk lenggok diorang berjalan pon da komfem2 dapat menarik perhatian laki ye dak. Dan kalau ada lelaki nak kawen pon, pihak lelaki akan cari wanita yang berkaki paling kecil sekali. Okeh itu cerita dulu, dan aku percaya hampir 90% wanita zaman kini takkan sanggup nak buat macam ni. Dan aku salah sorang daripadanya. Hazabedah kottt....


Sunday, 18 November 2012

Game2 dari mystery case files


Assalamualaikum.

Aku si peminat tegar game mystery case files. Da ikut beberapa series game ni. Game dia memang sangat2 best dan boleh bukak siket minda kita ni supaya berfikir. Selalunya dapat game ni dari free download mana2 link entah. Adik beradik aku yg akan bersusah payah cari n tunggu dia punya download yang bukan maen lama gila sebab file dia besar.

Masa memula game ni keluar, takde la mencabar sangat. Seingat aku, masa awal-awal main game ni, takde la best mana, just carik2 barang je. Tapi lama2 berlaku penambahbaikan, kiranya kita kena selesaikan misteri terhadap sesuatu. Kalau main tengah2 malam, tengah syok2 main, tetiba je muzik suspen terus keluar,    cuak gak sampai boleh tak jadi nak sambung main.


Mana tak cuak sebab tengah2 main, keluar lak pompuan ni tetibe kat screen
Antara game yang best dalam mystery case files


Dan tadi dok usha2 yang game ni ada tak keluarkan game terbaru. Sekali usha2 jumpa lak yang diorang dah keluarkan satu lagi game iaitu Mystery Case Files: Shadow Lake. Sekarang tengah cari carik link yg boleh free download, tapi x jumpa lagi. Farhana, sila gigih utk terus mencari.

Winkwink Shadow Lake, aku datang




Kisah Jeneral Adolf Roberto dan ayahnya

Assalamualaikum

Dulu, aku pernah baca kisah Jeneral Adolf Roberto dari blog seorang pelajar UPSI yang dah pun meninggal dunia, cerita dia sangat2 menyentuh perasaan aku, tapi bila cari2 balik blog pelajar tu, tengok dah takde, tapi baru-baru ni aku ada jumpe balik cerita ni. Jom la kawan2, kita baca, best dan menyentuh perasaan.


Dari :  Al-Manahil
Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika ‘algojo penjara’ itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu ‘boot keras’ milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. “Hai…hentikan suara jelekmu! Hentikan…!” Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu’nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.


Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib… Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana ‘abduka… Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, “Bersabarlah wahai ustaz…InsyaALlah tempatmu di Syurga.”

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, ‘algojo penjara’ itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.
“Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu,  aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan ‘suara-suara’ yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami.”
Mendengar “khutbah” itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,
“Sungguh…aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh.”
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah ‘buku kecil’. Adolf Roberto berusaha

memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. “Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!” bentak Roberto.

“Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!”ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.
Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan ‘algojo penjara’ itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.
Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.
“Ah…seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.”
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan “aneh” dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.
Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.
Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.
Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.
Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak – kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, “Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa….? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi…”
Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, “Abi…Abi…Abi…” Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
“Hai…siapa kamu?!” jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. “Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi…” jawabnya memohon belas kasih. “Hah…siapa namamu budak, cuba ulangi!” bentak salah seorang dari mereka. “Saya Ahmad Izzah…” dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba “Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. “Hai budak…! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang ‘Adolf Roberto’…Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!” ancam laki-laki itu.”
Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.
Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah ‘tanda hitam’ ia berteriak histeria, “Abi…Abi…Abi…” Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai ‘tanda hitam’ pada bahagian pusat.
Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, “Abi… aku masih ingat alif, ba, ta, tha…” Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.
Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. “Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu…” Terdengar suara Roberto meminta belas.
Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.
Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. “Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,” Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah “Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah…’. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.
Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, ‘Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya…”
Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

sumber dari
http://tamanislam.wordpress.com/2008/12/30/al-quran-jendral-adolf-roberto/

Saturday, 17 November 2012

Menu malam ini


Hai3, Assalamualaikum

Disebabkan hari ni mak masak sardin dalam tin jek, maka tiada orang yg makan nasi. Nasib ade cik kakak yang rajen2 tangan untuk masak didapur untuk makan malam.

Kentang putar oleh cik kakak

Burger yg agak hangus rotinya.





Okeh, roti burger tu aku yang masak, nampak sedikit hangus ye disitu. Kalau ayah den ada ni, memang xnak dia makanan mcm ni, mesti nak nasi gak. Dan encik ayah kini balik kampung. Lalala, okeh da bole menonton AIM  dengan takde rasa lapar.
                               



Friday, 16 November 2012

Surat seram untuk cik puan

Hai3. Assalamualaikum :)
Ini ada satu lagi contest yang menarik untuk semua. Contest ni nampak best, Sila lah semua kita join contest dibawah


Sila klik ye kawan2, contest ni best.
Kehadapan Cik Puan Kikin yang berada di laman sesawang. Apa khabar cik puan disana, saya harapkan cik puan sihat dan murah rezeki disana... Memandangkan saya tengah cuti semester dan tak sanggup untuk menanam anggur, jadi saya nak kongsikan pengalaman angker hidup saya yang berlaku dalam 5-6 tahun yang lalu dan memang saya takkan lupa . Ceritanya bermula begini, okeh sila tutup lampu untuk pastikan suasana seram itu timbul sebabnya cerita ini sangatlah ringkas. Pada satu malam, saya tengok tv kat ruang tamu, waktu tu semua ahli keluarga yang lain dah tidur dah pon, rumah saya ni terletak di kawasan perumahan kat seremban, tengok punya tengok, saya pon terlelap, memang tak sedar langsung. Lepas tu, dalam pukul 3 pagi macam tu, saya terdengar grill depan rumah saya seperti cuba dibuka orang. Saya apa lagi memang terus tersedar sebab terkejut. Saya fikirkan mungkin ada orang yang cuba nak menceroboh masuk rumah.

Lepas tu saya tak berfikir panjang, saya tak terfikir pon nak kejutkan family saya atau berbuat apa-apa. Saya terus lari masuk dibilik belakang yang terletak di dapur. Dalam bilik tu, adik perempuan saya tengah tidur lena tak ingat dunia. Dan sekali lagi saya tak terfikir pon untuk kejutkan dia. Saya terus duduk dekat tepi pintu bilik untuk melihat sekiranya berlaku apa-apa. Tunggu punya tunggu, sekali..jeng.jeng.jeng........ apa yg saya ingat masa tu, satu lembaga berlalu sekali imbas dari dapur ke ruang tamu, berwarna putih, berambut hitam yang membelakangi saya. Dia lalu smooth giler. nasib baik membelakangi, kalau saya nampak muka dia, mau pengsan kot kat situ. Memang rambut dia panjang giler, macam cik ponti jek.. Menggigil gila masa tu, dah tak fikir dah pasal bunyi grill kat luar rumah tu, yang rasa cuma takut gila. Terus pergi sebelah adik, menggigil2 sambil tekup muka n baca doa apa yang patut sampai lah subuh. Masa tu saya rasa macam keras gila, tak berani nak angkat muka sikit pon.

Lebih kurang macam ni la, cumanya membelakangi n  rambut dia sangat2 panjang
(gambar diambil dari google)


Esoknya, terus cerita kat mak yang ternampak 'benda' tu lalu dari dapur ke ruang tamu, mak cuba sedapkan hati kata entah2 mak yang kuar dari dapur baru lepas minum air, mustahil la pulak rambut mak panjang berjela2 padahal rambut mak pendek. Hehe, mak saja nak sedapkan hati padahal mak lagi lah selalu kena ganggu waktu dia tidur, ada benda tinggi kat sebelah katil dia berdiri n nak cekik mak la, nampak lelaki kepala botak tengah2 malam dalam bilik. scary kot.. Terfikir jugak, adekah rumah aku ni berpenunggu??

Itu saje cerita seram dari saya untuk Cik Puan Kikin, diharapkan Cik Puan Kikin akan memberi markah yang penuh untuk karangan SPM saya ini. Cerita ini adalah benar dan tidak ditokok tambah dan didarab bahagi. Sekian :)





Ragam Pelajar-Troll cikgu

Hai3. Assalamualaikum.
Teringat aku satu kisah, masa tu waktu praktikal. Pada satu hari, aku kena observe dengan lecturer aku. Bayangkan lah kan, mesti hati berdebar-debar gila nak mengajar dengan adanya lecturer kat belakang kelas. Tapi takpe. Rileks farhana, rileks. Masa tu, memang aku berpura-pura cool jek. 

Okeh, masuk2 kelas je, terus nak start mengajar subjek sejarah. Aku tak bagi tau student aku sebelum ni yang lecturer aku nak datang dan mintak diorang behave siket perangai diorang untuk kali itu sahaja. So, student pon terpinga2 la kan bila tengok ada orang asing dalam kelas. Ingatkan diorang akan kawal la siket perangai tu, tapi tak, diorang buat2 yang lecturer tu macam tak wujud. Nasib baik la diorang bagi salam semua kat lecturer aku.

Then masa tengah mengajar tetibe entah macam mana, aku tanya student2 aku, ingat lagi tak contoh-contoh pembesar di peringkat negeri.. Masa tu semua senyap jek. Bila diorang tak respon, maknanya macam pembelajaran tak berkesan lah kan. Lepas tuh tetibe ada sorang jawab. Fuhh, lega gila masa tu, ada gak respon dari student,


Mula2 sorang student2 ni jawab...



So, aku pon kata, lagi? Then baru la dua tiga orang yang lain merespon




Start je salah seorang sebut Bendahari,...Yang lain2 lepas tu bagi jawapan yang aku tak jangka


Owhhhhh damn, time tu, aku memang tak tahan nak gelak, dan memang aku da tergelak dah pun, then memandang lecturer yg sedang senyum kearah aku..Budak2 ni saja je nak troll aku yep.. Aku nak jawapan Laksamana, Bendahara, Temenggung, Syahbandar. Bukan nak mintak carta organisasi persatuan ke apa. Diorang sesaje je amik peluang ni nak main-main. Muka siap tak bersalah lagi tu dan gelak2 lagi. Bila aku cakap "dah,dah..serius,serius", baru diorang berenti ketawa. Hehe, lagi pon selalunya kalau lecturer aku takde, aku memang akan layan kerenah gila2 diorang, tapi waktu lecturer ada, Apekah??

Lalala, kalau praktikum aku tak dapat A nanti, aku sekeh budak2 ni sorang2. Boleh??
 Padan muka aku troll facekan muka korang, Ahakzz..



Thursday, 15 November 2012

"Contest I Choose To Wear Hijab"

Hai2.. Assalamualaikum.
Join Contest lagi..Lala. Kali ni join contest untuk tujuan suka2..Kalau menang kesukaan tu akan menjadi lebih berganda-ganda. Okeh, contest nih memang bagus untuk mereka yang bergelar muslimah.

Klik. Klik dan terus klik ye kawan :)
Syarat-syarat untuk join contest ni adalah seperti berikut:
  1. Buat entry bertajuk "Contest I Choose To Wear Hijab" dan letak banner di atas
  2. Letak gambar yang korang pertaruhkan

Hadiah Lumayan pula adalah seperti berikut:

1st prize

RM50
Maxi skirt 
Bawal plain 
Review blog



2nd prize
RM30
Maxi skirt 
Review blog



3rd prize
RM20
Bawal plain 
Review blog



 7 saguhati (Random.org)
Bawal plain (sehelai setiap seorang) + Review blog (untuk 3 pemenang)
Topup RM5 + review blog (untuk 4 pemenang)


Okeh, gambar berhijab yang ditepek adalah seperti berikut:
Kanak-kanak yang mencintai alam semulajadi :)


Wednesday, 14 November 2012

"Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!"

Hai3. Assalamualaikum, 
Hari ni nak aku mau join satu segmen dari blogger ain. Disebabkan aku baru mula nak berblog semula pada bulan lepas, makanya aku tak reti nak promote2 blog aku yang agak entah apa2 ni. So, den ponjoin la segmen ni .Hehe.



Klik. klik. klik ye kawan2



                                                  

Target utk ade 50 follower untuk tahun ini..Boleh??? Ahakz

Boleh tak aku nak tagging: eiko ngan huda..lalalala

Tuesday, 13 November 2012

ragam pelajar-tiru gaya cikgu

Hai3.Assalamualaikum
Sudah mula rindu akan sekolah, jadi selalu juga belek-belek gambar budak2 sekolah SMK Warisan Puteri ni. Dan terjumpa pulak sekeping gambar ni.

Cikgu, sama tak gaya macam cikgu?  Hye, saya Fazreen

Student diatas ni bukan lembut okeh,tapi cuma tiru gaya sahaja.Situasi ni berlaku beberapa hari sebelum habis praktikal. waktu ni just relief kelas diorang je rasanya. Sebak je sebenarnya, tapi buat muka slumber2 happy sebab tiada lagi bebanan berat perlu ditanggung. Wehh student sekalian, cikgu rindu korang. Rindu jugak nak marah2 korang. Haha

Kami bukan ben10. Kami hanya ada jam yang cool

Jangan buli!
Kami pelajar 1A, otak kami memang A, perangai kami A-. lalala








Pop Corn buatan sendiri

Hai3. Assalamualaikum. Dalam seminggu yang lepas, adik aku yang last, asyik memekak je mintak mak aku masakkan popcorn. Dia heboh-heboh gila suruh kiteorang supaya carikkan jagung kering untuk dibuat popcorn. Siap dia salin lagi resepi untuk buat popcorn kat internet.
Hai, nama saya hakim. Saya tak suka jadi anak last sbb selalu jadi mangsa buli
Puas jugak cari jagung kering ni, tapi tak jumpa, sampai la semalam pergi giant semata-mata nak cari benda alah tu supaya mulut si hakim ni boleh tutup dari bercakap lagi tentang jagung kering dan popcorn.

Usaha keras si hakim menulis resepi. Ada kau paham tulisannya? Oren pulak tu. Haha

Malam semalam, terus buat popcorn, bahan2 dia mudah je. Benda yang paling penting adalah jagung tu, mentega dengan gula. Gula tu digunakan untuk gantikan madu yang sememangnya tak pernah wujud kat rumah kiteorang. Mak tak berapa ikut sangat resepi yang disalin oleh si Hakim ni, tapi mak ikut resepi sorang apek ni yang anaknya selalu sangat buat popcorn.

Hai semua, sila cari saya di Giant berhampiran rumah anda

Mak cuba nak guna pemanggang ikan

Just masukkan jagung dalam pemanggang ni dan jagung tu  akan masak. Api takyah besar sangat

Lepas tu, guna kuali lain untuk panskan mentega then tuang jagung tadi dan taburkan gula secukup rasa jugak

Okeh,siap dihidangkan dan boleh dimakan

Senang kan? Boleh la kamu, kamu, kamu semua mencuba di rumah