tabung ayam

Tuesday, 30 October 2012

penanda buku untuk pelajar saya

okehh, menjadi guru praktikal selama 4 bulan sangat2 lah penat dan mencabar, letih, lelah, rasa nak marah, penat. Semua tenaga negatif bercampur campur. Tapi, banyak juga kenangan manis ngan adik2 yg terdiri daripada semua pelajar tingkatan 1. Mana tidaknya, mengajar sejarah utk 3 kelas form 1...form 1 kat skolah yg aku ajar ni pon ada 3 kelas je.

Jadi, masa da nak last2 praktikal hari tu, terpikir2 nak beli cenderahati utk semua student. Student ada 104 orang. SERATUS EMPAT ORANG okeh. Berjalan gak la aku kat kedai2 semua utk cari barangan yg harga dia berpatutan. Maklumlah, sebagai student upsi yang memang langsung xdapat elaun praktikal walaupun sesen, maka aku rasa aku x mampu nak beli hadiah mahal2 utk student aku.Then aku jumpa la penanda buku yang sangat2 comel kat MPH dengan harga lebih kurang RM 2.20 satu. Tapi bila pikir2 balik,kalo beli 1 memang la murah kan. 1= RM2.20 tapi kalau 104 = RM228.80... Argghh,tade duit..tade duit...

So, ak pown cari alternatif utk penanda buku sendiri, tu pown setelah mendapat idea daripada satu blogger iaitu blogger The Chronicles of Yaya. Comel2 je dia buat penanda utk student dia. So, memang ambil idea dia. Thanks kpd blogger tersebut. So, bila buat sendiri, memang ambil masa sikit la kan. Banyak benda kena buat. Aku pon masuk popular cari kertas keras semua. Lepas tu beli sticker bagai, masa pilih sticker kat Popular tu, aku rasa nak dekat setengah jam gak la mencari sticker yang sesuai. Abis sepah-sepah tempat letak sticker tu. Haha, lantak la ko kan Popular dapat pelanggan macam aku.

Jadi bila malam2, dengan bantuan kakak dan adik tersayang, diorang telah sumbangkan siket tenaga menampal dan menggunting sticker pada kertas keras. Memang diorang wat kerja sukarela tanpa perlu dipaksa.

Guna kertas keras yang student2 selalu guna utk buat folio

Doa sebelum memulakan pelajaran mereka

Sticker2 comeiiiiiiiiiiiiiiiii

Itu gunting ikan mak yg diambil dari dapur.

Penanda buku untuk pelajar

saya cikgu garang.ahakz.

Oyeeahh..masing2 nak tunjuk penanda buku diorang

Hanya itulah pemberian yang dapat diberi utk adik2 SMKWP.. Ikhlas ni dari cikgu Farhana. Tapi sebenarnya, agak terkilan dan menyesal la kerana tak sempat nak buat untuk kelas 1C, sempat buat utk 1A ngan 1B. Sebabnya, seminggu sebelum habis praktikal, banyak gila komitmen lain. Kena menanda kertas PBS 104 orang pelajar ni. Bukan hanya utk satu topik, tapi sampai 5 topik. Dengan nak kena cari student2 yg slalu x datang dan gesa diorang buat PBS semua lagi. Dengan sudut sejarah lagi.  Itu memang sangat2 penat.

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss..terdelete lak annon punye komen.

      Delete
  2. good teacher, semoga usaha anda memudahkan anda ke surgaNya kelak. ameeen :)

    ReplyDelete
  3. D.I.Y !!! Teraikk lah :D kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde bajet punye pasal, terpakse la buat mcm ni :)

      Delete