tabung ayam

Wednesday, 31 October 2012

MENCARUT

Hai. Assalamualaikum

Aku tak paham la kan budak2 sekolah zaman skarang ni, macam mencarut tu perkataan wajib diorang untuk melengkapkan lagi hidup diorang supaya aman dan bahagia. Aku pon bukanlah manusia baik yg tak pernah mencarut. Tapi, agak-agak la kan, kalau depan cikgu pon kau boleh cakap BABI walaupun perkataan tu kau tak tujukan kat cikgu kau. Tapi, kalau kau tujukan kat cikgu kau, memang kau tak nak hidup lama la tu kan. Memang aku libas2 je nanti.

Teringat aku kat situasi pelajar tingkatan 1 A. Kelas depan okeh, bukan kelas belakang. Situasinya masa aku  da nak mulakan sesi pengajaran di waktu pagi yang indah.

Pelajar A : Babi la ko.
Aku : Wehh, siapa yang mencarut tu?
Pelajar2 lain : A cikgu. A
Aku : Awak dah kenapa nak mencarut2 ni??
Pelajar A : Dia ni g tolak rambut saya cikgu. Sambil tunjuk kawan sebelah iaitu Pelajar B.
Aku : Awak dah kenapa  B?
Pelajar B : Entah dia ni.. menggelabah je cikgu.
Aku : Awak mencarut2 lagi, siap awak, saya ketuk2 awak, sambil cakap kat si A. (HAHA, bajet garang)

Okeh, da la duduk depan sekali, depan mata aku pulak tu, sedap2 je dia mencarut macam tu, kenapa aku dulu masa sekolah nak mencarut pon tak berani apatah lagi depan cikgu. Ingatkan da settle da, budak2 ni tak mencarut lagi, tapi sepanjang aku dok menulis kat papan putih, aku dengar budak ni tak abis2 sebut BABI. BABI. mau 3 4 kali kot. Kawan dia yang si B ni pulak lagilah galak mengacau.

Last2 skali aku pon toleh lah kat diorang

Aku : A, kan saya da kata jangan nak mencarut2
Pelajar A : Da dia ni asyik kacau saya
Aku : Kot ya pon, cuba x yah mencarut, cuba sebut perkataan2 yang best ke, contohnya ya allah ke (HAHA, time ni aku rasa cam poyo je nasihat2, tapi tu la yang perlu dibuatkan walaupun aku ni tak reti benda2 mcm ni)
Pelajar A : ( Sengehh je )
Aku : B, kalau awak kacau dia lagi, siap awak..

Then, aku pon sambung menulis di papan putih, dan lagi sekali. Dengar lagi BABI!..oaahh, damn, aku pikir apa yang patut aku buat.

Aku : Kan saya da kata jangan nak cakap babi, babi..
Pelajar A : Tapi cikgu
Aku : Sambil bertanya pelajar C, kembar si pelajar A yang duduk dibarisan belakang.. "C, kat rumah si A ni mencarut x?
Pelajar C : Mane ada cikgu, dia tak mencarut pon
Aku : Abis tu, ada x mak ayah awak panggil awak babi,babi, sampai si A ni kejenye asyik nak menyebut perkataan tu je. Mak awak ada panggil macam ni tak, Babi, Babi jom makan? (Memang kasar ayat aku ni)
Pelajar C : Mane ada cikgu, mak kiteorang panggil kiteorang baby je cikgu.
Okeh, masa ni satu kelas da gelak da dengan jawapan pelajar C
Pelajar C : Entah la dia ni cikgu, belajar dari orang-orang luar la ni, entah siapa2 entah dia kawan
Aku: Okeh, lepas nih cikgu nak tampal la gambar babi kat depan whiteboard ni, siapa yang asyik sebut binatang ni, cikgu suruh dia cium gambar babi ni kat depan
Okeh, satu kelas gelak..
Aku : awak gelak la, saya cakap betul ni, nanti saya tampal gambar babi tu kat depan, tau la awak.
Dan mereka masih tersengih2 macam kerang busuk.

Membayangkan kalaulah bear yang ditampal tu gambar babi, selera tak budak2 sekolah ni nak belajar?

Lepas je aku cakap macam tu, hari2 berikutnya, takde lagi aku dengar diorang mencarut perkataan Babi tu lagi. Maybe tak mencarut depan2 la, belakang2  berani la kot kan..haha. Sampai la satu hari tu, ada student ni tanya, 

Haziq: Cikgu, cikgu bawak tak gambar binatang tu?
Aku: Eh, tak bawa la. Lupa lak nak print semua kan..

Padahal tak selera kot. Takkan la nak mengajar kat papan putih tu sambil sebelah dia nak letak gambar binatang tu, nanti budak2 ni tak belajar la pulak kan. Asyik tekun membelek gambar tu daripada pandang aku kat depan. Hahaa. Cumanya kadang2, aku rasa pengaruh kawan2 ni sangat la besar, boleh bagi effect kat diri kita. Nak dikatakan kat rumah diajar mencarut, memang tak la kan, mana ada mak bapak yang suka nak ajar anak2 perkataan yang tak elok, tapi bila sampai sekolah, bergaul ngan orang yang entah apa2, terus jadi macam tu, Cumanya dalam kes aku ni, student2 semuanya baik, sporting, kena marah pown redha je, tapi  kalau diorang buat silap, kita kena la tegur kan sebab tu memang da tanggungjawab kita. Taknak la aku menanggung dosa sebab tak menegur. Dosa yang aku ada ni pon tak tertanggung.





2 comments:

  1. hahaha lucu tapi hal ni agak serius. ramai yang mencarut, tak faham kenapa

    ReplyDelete
  2. hehe, terikut2 la tu bila dengar kawan2 sebut

    ReplyDelete