tabung ayam

Wednesday, 31 October 2012

MENCARUT

Hai. Assalamualaikum

Aku tak paham la kan budak2 sekolah zaman skarang ni, macam mencarut tu perkataan wajib diorang untuk melengkapkan lagi hidup diorang supaya aman dan bahagia. Aku pon bukanlah manusia baik yg tak pernah mencarut. Tapi, agak-agak la kan, kalau depan cikgu pon kau boleh cakap BABI walaupun perkataan tu kau tak tujukan kat cikgu kau. Tapi, kalau kau tujukan kat cikgu kau, memang kau tak nak hidup lama la tu kan. Memang aku libas2 je nanti.

Teringat aku kat situasi pelajar tingkatan 1 A. Kelas depan okeh, bukan kelas belakang. Situasinya masa aku  da nak mulakan sesi pengajaran di waktu pagi yang indah.

Pelajar A : Babi la ko.
Aku : Wehh, siapa yang mencarut tu?
Pelajar2 lain : A cikgu. A
Aku : Awak dah kenapa nak mencarut2 ni??
Pelajar A : Dia ni g tolak rambut saya cikgu. Sambil tunjuk kawan sebelah iaitu Pelajar B.
Aku : Awak dah kenapa  B?
Pelajar B : Entah dia ni.. menggelabah je cikgu.
Aku : Awak mencarut2 lagi, siap awak, saya ketuk2 awak, sambil cakap kat si A. (HAHA, bajet garang)

Okeh, da la duduk depan sekali, depan mata aku pulak tu, sedap2 je dia mencarut macam tu, kenapa aku dulu masa sekolah nak mencarut pon tak berani apatah lagi depan cikgu. Ingatkan da settle da, budak2 ni tak mencarut lagi, tapi sepanjang aku dok menulis kat papan putih, aku dengar budak ni tak abis2 sebut BABI. BABI. mau 3 4 kali kot. Kawan dia yang si B ni pulak lagilah galak mengacau.

Last2 skali aku pon toleh lah kat diorang

Aku : A, kan saya da kata jangan nak mencarut2
Pelajar A : Da dia ni asyik kacau saya
Aku : Kot ya pon, cuba x yah mencarut, cuba sebut perkataan2 yang best ke, contohnya ya allah ke (HAHA, time ni aku rasa cam poyo je nasihat2, tapi tu la yang perlu dibuatkan walaupun aku ni tak reti benda2 mcm ni)
Pelajar A : ( Sengehh je )
Aku : B, kalau awak kacau dia lagi, siap awak..

Then, aku pon sambung menulis di papan putih, dan lagi sekali. Dengar lagi BABI!..oaahh, damn, aku pikir apa yang patut aku buat.

Aku : Kan saya da kata jangan nak cakap babi, babi..
Pelajar A : Tapi cikgu
Aku : Sambil bertanya pelajar C, kembar si pelajar A yang duduk dibarisan belakang.. "C, kat rumah si A ni mencarut x?
Pelajar C : Mane ada cikgu, dia tak mencarut pon
Aku : Abis tu, ada x mak ayah awak panggil awak babi,babi, sampai si A ni kejenye asyik nak menyebut perkataan tu je. Mak awak ada panggil macam ni tak, Babi, Babi jom makan? (Memang kasar ayat aku ni)
Pelajar C : Mane ada cikgu, mak kiteorang panggil kiteorang baby je cikgu.
Okeh, masa ni satu kelas da gelak da dengan jawapan pelajar C
Pelajar C : Entah la dia ni cikgu, belajar dari orang-orang luar la ni, entah siapa2 entah dia kawan
Aku: Okeh, lepas nih cikgu nak tampal la gambar babi kat depan whiteboard ni, siapa yang asyik sebut binatang ni, cikgu suruh dia cium gambar babi ni kat depan
Okeh, satu kelas gelak..
Aku : awak gelak la, saya cakap betul ni, nanti saya tampal gambar babi tu kat depan, tau la awak.
Dan mereka masih tersengih2 macam kerang busuk.

Membayangkan kalaulah bear yang ditampal tu gambar babi, selera tak budak2 sekolah ni nak belajar?

Lepas je aku cakap macam tu, hari2 berikutnya, takde lagi aku dengar diorang mencarut perkataan Babi tu lagi. Maybe tak mencarut depan2 la, belakang2  berani la kot kan..haha. Sampai la satu hari tu, ada student ni tanya, 

Haziq: Cikgu, cikgu bawak tak gambar binatang tu?
Aku: Eh, tak bawa la. Lupa lak nak print semua kan..

Padahal tak selera kot. Takkan la nak mengajar kat papan putih tu sambil sebelah dia nak letak gambar binatang tu, nanti budak2 ni tak belajar la pulak kan. Asyik tekun membelek gambar tu daripada pandang aku kat depan. Hahaa. Cumanya kadang2, aku rasa pengaruh kawan2 ni sangat la besar, boleh bagi effect kat diri kita. Nak dikatakan kat rumah diajar mencarut, memang tak la kan, mana ada mak bapak yang suka nak ajar anak2 perkataan yang tak elok, tapi bila sampai sekolah, bergaul ngan orang yang entah apa2, terus jadi macam tu, Cumanya dalam kes aku ni, student2 semuanya baik, sporting, kena marah pown redha je, tapi  kalau diorang buat silap, kita kena la tegur kan sebab tu memang da tanggungjawab kita. Taknak la aku menanggung dosa sebab tak menegur. Dosa yang aku ada ni pon tak tertanggung.





Tuesday, 30 October 2012

penanda buku untuk pelajar saya

okehh, menjadi guru praktikal selama 4 bulan sangat2 lah penat dan mencabar, letih, lelah, rasa nak marah, penat. Semua tenaga negatif bercampur campur. Tapi, banyak juga kenangan manis ngan adik2 yg terdiri daripada semua pelajar tingkatan 1. Mana tidaknya, mengajar sejarah utk 3 kelas form 1...form 1 kat skolah yg aku ajar ni pon ada 3 kelas je.

Jadi, masa da nak last2 praktikal hari tu, terpikir2 nak beli cenderahati utk semua student. Student ada 104 orang. SERATUS EMPAT ORANG okeh. Berjalan gak la aku kat kedai2 semua utk cari barangan yg harga dia berpatutan. Maklumlah, sebagai student upsi yang memang langsung xdapat elaun praktikal walaupun sesen, maka aku rasa aku x mampu nak beli hadiah mahal2 utk student aku.Then aku jumpa la penanda buku yang sangat2 comel kat MPH dengan harga lebih kurang RM 2.20 satu. Tapi bila pikir2 balik,kalo beli 1 memang la murah kan. 1= RM2.20 tapi kalau 104 = RM228.80... Argghh,tade duit..tade duit...

So, ak pown cari alternatif utk penanda buku sendiri, tu pown setelah mendapat idea daripada satu blogger iaitu blogger The Chronicles of Yaya. Comel2 je dia buat penanda utk student dia. So, memang ambil idea dia. Thanks kpd blogger tersebut. So, bila buat sendiri, memang ambil masa sikit la kan. Banyak benda kena buat. Aku pon masuk popular cari kertas keras semua. Lepas tu beli sticker bagai, masa pilih sticker kat Popular tu, aku rasa nak dekat setengah jam gak la mencari sticker yang sesuai. Abis sepah-sepah tempat letak sticker tu. Haha, lantak la ko kan Popular dapat pelanggan macam aku.

Jadi bila malam2, dengan bantuan kakak dan adik tersayang, diorang telah sumbangkan siket tenaga menampal dan menggunting sticker pada kertas keras. Memang diorang wat kerja sukarela tanpa perlu dipaksa.

Guna kertas keras yang student2 selalu guna utk buat folio

Doa sebelum memulakan pelajaran mereka

Sticker2 comeiiiiiiiiiiiiiiiii

Itu gunting ikan mak yg diambil dari dapur.

Penanda buku untuk pelajar

saya cikgu garang.ahakz.

Oyeeahh..masing2 nak tunjuk penanda buku diorang

Hanya itulah pemberian yang dapat diberi utk adik2 SMKWP.. Ikhlas ni dari cikgu Farhana. Tapi sebenarnya, agak terkilan dan menyesal la kerana tak sempat nak buat untuk kelas 1C, sempat buat utk 1A ngan 1B. Sebabnya, seminggu sebelum habis praktikal, banyak gila komitmen lain. Kena menanda kertas PBS 104 orang pelajar ni. Bukan hanya utk satu topik, tapi sampai 5 topik. Dengan nak kena cari student2 yg slalu x datang dan gesa diorang buat PBS semua lagi. Dengan sudut sejarah lagi.  Itu memang sangat2 penat.

Thursday, 11 October 2012

ragam pelajar - seni bini

Sedang menanda kertas PBS pelajar...terjumpa jawapan yang menarik...



                                                                           seni bini????

sejak bila pulak aku ajar student aku ni seni bini??? jadi bini orang pown blm lagi kot.ahakzz..mybe tersalah tulis,nak tulis seni bina tertulis seni bini

Wednesday, 10 October 2012

ragam pelajar -jersi

kelas 1Bestari......

masuk-masuk je kelas 1 Bestari ni, terus mintak diorang wat PBS Sejarah...untung2 je diorang xde PMR nnt...keadaan huru hara..bising..hanya senyap kalo cikgu dia da touching semua..so time2 buat tu, ada soalan untuk band 6 yg mintak mereka lukis gambar jersi bola negeri-negeri melayu yang tua atau negeri melayu baru..


student: cikgu saya nak lukis jersi liverpool bole??
aku: eh,cuba baca balik soalan, dia nak jersi negeri-negeri melayu
student: ala...nak lukis baju liverpool
aku: eh x bole..xbole...nnt awak xleh lepas utk soalan band 6 tu
student: alah,nak lukis baju liverpool
aku: wehh...saya kata apa?? (suare da meninggi da ni)
student: negeri melayu baru atau tua (sambil sengih-sengih)

so,si student ni pown berlalu sambil melukis jersi bola negeri melayunya...then tiba abis waktu sejarah.

student: cikgu nah saya da lukis, baju negeri sembilan
aku: okeh, meh nak kutip
student: cikgu, tgk la ni...tgk la...jersi saya..jersi liverpool sembilan cikgu.

haihh...sayang btl ko kat liverpool ko tuhhhhhhhhh!



                                                                  jersi negeri sembilan


                                                                      jersi liverpool





                                                         negeri sembilan + liverpool

hihi, yang paling x leh bla tu, siap lukis piala n kata piala tu utk negeri sembilan menang tahun depan...padahal  n.sembilan baru je kalah suku akhir dengan ATM waktu piala malaysia hari tu..