tabung ayam

Sunday, 29 January 2012

Baucar buku Satu Mesia

Okeh, pasal Voucher Buku yg gov bagi kat student IPT, aku tengok ramai yang heboh nak dok jual voucher diorang ni. Macam U aku, tak salah aku, aku ambil Voucher ni 10/11  Januari. Okeh, time tu time pekse. Periksa Final, hujung sem 5. Okeh, pada pendapat aku, student2 ni heboh nak jual Voucher ni sebab time2 ni kebanyakan student degree semua di penghujung sem, so waktu tu duit memang da abis la kan, tu yang maybe diorang wat alternatif lain utk dapatkan duit. Jadi bila ada mana orang @  tempat nak beli Voucher diorang even dengan harga RM150-rm160, mesti la student2 ni nak jual kan. Orang tengah sempitkan, aku rasa la sebab aku pown memang tengah nazak je ngan duit time tu.

Pastu adik aku lak, dia pown student degree gak kat UTEM, dia pown tengah pikir nak gunkan Voucher tu untuk beli buku apa. Sebab dia kata kat aku, kalo nak tunggu sem depan, selalunya lecturer yang akan promote buku mana yang best utk diguna dan dibeli terus daripada publisher. So, kat sini perantaranya ialah lecturer itu sendiri n macam mustahil je kan boleh gunakan voucher buku

Macam aku gak, time tu aku dengar heboh gila ada tempat yang boleh tukarkan Voucher ni dengan duit. Okeh, first memang menarik dan tertarik, tapi bila pikir2 balik, biarlah aku guna voucher tu untuk beli buku. Aku tengok ramai member2 aku yang da beli novel2, tapi aku memang tak rasa berminat langsung nak beli novel. Till now, waktu cuti semester ni, aku hanya gunakan RM 100 dari voucher tu untuk beli buku. Padahal buku2 yang aku beli tu memang takde kaitan langsung dengan diri aku dan pelajaran aku. Sume aku beli buku latihan n rujukan adik aku yg da nak PMR tuh. Tak tau la kan kalau dia taknak baca dan buat latihan lepas ni, memang aku silat cekak dia nanti.


Sebenarnya memang aku sendiri tengah feel nak beli buku2 untuk diri aku sendiri, tapi punya la pusing satu seremban dari popular kat Terminal 1 ke Popular S2, pastu dok tengok kat MPH ngan Sinaran, semua yang aku cari, semua takde.
untuk semester depan

jugak utk sem depan


Dr. Burhanuddin Al Helmy, yang ni yang paling nak  baca!

eh, banyak lagi la buku yang aku memang nak beli, tapi memang SEMUANYA takde kat seremban nihh!! So, memang adik la yang beruntung sebab memang beli buku dia je la kan

gambar ni dicurik drp fb encik pakwe. ramai gila orang tengah que!





Friday, 20 January 2012

Bio Oil n cocoa butter

Hari ni aku nak cerita pasal produk untuk hilangkan parut2 . Dua tahun lepas aku pakai produk Bio Oil untuk hilangkan parut. Sebabnya, kulit aku sangat senang la nak dapat kesan parut kalau gatal. Padahal garu2 siket je. Sebab bila tak garu rasa macam hilang nikmat dunia je. Tapi bila garu, memang bersiap sedia la kan ngan parut2. Umpama ditelan mati mak, diluah mati bapak. Okeh, takde kena mengena Selalunya gatal2 yang aku kena ni sebab nyamuk, sakit sebab kena gigit ngan semut atau sebab kena kat air2 bertakung yang kotor waktu pergi camping. Lagi satu, sebab pakai kasut sampai melecet then parut pown datang. 

Macam aku cakap tadi, aku memula guna Bio Oil, memula beli, aku beli yang botol besar punya, setahun aku pakai tak habis2. Sebabnya aku ni jenis tak berdisiplin langsung. Sekejap2 je pakai. Pastu lepas setahun, da tinggal 2/10 je dia punya isi, aku pown buang. Then dua tiga bulan pastu aku beli Bio Oil baru, tapi botol kecik punya. Yang kali ni, memang berdisiplin la aku pakai, sebulan jek da tinggal 2/10. Pastu aku campak entah mana2.
INI BIO-OIL. 

Pastu, seminggu lepas aku campak botol Bio Oil aku yang aku baru guna sebulan tu, aku try lak guna Palmer Cocoa Butter Oil. Yang ni pown aku pakai dengan agak konsisten, then macam biasa aku campak ntah mana ntah walaupun belum habis lagi. Aku just pakai sebulan je kot. Pastu, hari tu aku dok borak2 ngan housemate aku, aku tengok satu parut da takde.

INI COCOA BUTTER

Aku tak sure mana satu yang lebih berkesan, sebab aku rasa dua2 best je. Aku suka bau Bio Oil nih, aku suka gak bau Butter Cocoa nih. Lagi satu aku tak tau yang mana lagi okeh sebab aku guna dua2 ni dalam tempoh dua bulan yang sama. Aku rasa Bio Oil nih membantu sangat kalau letak hari2 dan berulang2 kali dalam sehari, dan aku rasa Butter Cocoa ni gak membantu bila pakai kerap. Harga pown lebih kurang sama jek. Cuma sekarang, da 2 bulan aku tak pakai Bio Oil ataupun Butter Cocoa ni, sebab kalau aku beli pown, sekejap je kot pakai, pastu ntah mana2, silap2 leh jumpa kat bawah katil adik aku, xpon bawah sofa je. 

Thursday, 19 January 2012

First!

Menaip di blog. Macam menaip esaimen kat microsoft word! cuma menulis di blog tak perlu la aku nak buat footnote n bibliografi bagai. Menulis sesedap rasa seperti sesedap masakan emak. Berkongsi pengalaman. Berkongsi ilmu. Berkongsi rasa. Berkongsi kegembiraan. Berkongsi kedukaan. Berkongsi idea.


arghh!!aku teda idea nak menaip lagi panjang!